Monday 8 October 2012

KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.


KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.

Kaedah pertama ( sentuhan pada kaki dan pergelangan tangan ):

Perawat akan melihat tahap pesakit melalui sentuhan kaki dan tangan dimana perawat akan menyentuh kaki dan tangan pesakit. Ini kerana kebiasaan orang yang mengalami penyakit ini akan mengalami keadaan kaki dan tangan yang sejuk dan berpeluh. Pada kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap penyakit pada pesakit melalui tahap kesejukan dan laras kesejukan.
Tahap kesejukan bermaksud tahap kesejukan pada kaki dan tangan pesakit, ini kerana setiap pesakit mempunyai tahap kesejukan yang berbeza. Ada yang sejuk sedikit dan ada yang sejuk seperti selepas memegang ais.
Laras kesejukan bermaksud tahap sejuk pada kaki kerana ada yang sejuk separuh pergelangan kaki dan ada yang sejuk satu pergelangan kaki dan ada yang lebih daripada satu pergelangan kaki. Kaedah sentuhan ini penting kerana melalui kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap pesakit dan cara kaedah yang terbaik untuk merawat.

Kaedah kedua ( picitan pada saraf jari kaki ):

perawat akan mengenalpasti tahap melalui sentuhan dan picitan pada saraf yang terletak pada jari kaki. Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sendiri boleh merasai tahap penyakit yang dialami kerana apabila perawat menekan pada saraf yang tertentu pesakit akan mengalami kesakitan pada jari tersebut dan kesakitan itu bergantung pada tahap yang dialami pesakit, jika sakit yang dialami itu kuat ini bermakna tahap penyakit yang dialami oleh pesakit adalah kuat.

Kaedah ketiga ( Cungkil atau cokeh ) :

Kaedah Cungkil @ cokeh ini sama seperti yang diterangkan pada kaedah merawat penyakit saraf dan pinggang. Kenapa kami menggunakan kaedah ini?..kami menggunakan kaedah yang sama kerana pada kami penyakit angin ini juga melibatkan saraf utama iaitu saraf tunjang, berbeza dengan kaedah tukang urut yang lain kerana kebiasaan tukang urut akan menyentuh dan mengurut pada bahagian perut. Kami tidak menyentuh bahagian perut kerana pada kami, di perut tidak mempunyai saraf bahkan hanya mempunyai usus perut dan amat merbahaya jika menyentuh dan mengurut pada bahagian ini kerana mungkin menyebabkan usus perut rosak dan memecahkan urid asid pada bahagian perut. Pada kami, kami mencungkil saraf tunjang kerana saraf itu telah membengkak dan turun dan dihimpit oleh tulang belakang. Ini menyebabkan system saraf itu terganggu dan juga menyebabkan oksigen tidak sampai ke kepala.
( Cungkil @ cokeh pada saraf tunjang )..
Perawat akan mencungkil keseluruhan saraf tunjang bermula pada titik utama saraf pada belakang dan dari hujung sulbi dan kebahu. kaedah cungkil ini akan membuatkan kedudukan saraf tunjang kembali pada asal. Kadang-kadang Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sudah merasa perubahan pada diri pesakit. Jika pesakit sebelum ini sukar sendawa pesakit akan sendawa dengan selesa dan puas. Jika sebelum peskit rasa kepalanya berat dan stress pesakit akan merasa lega dan lapang dan berbagai-bagai lagi. Kaedah ini dijalankan dengan cara pesakit baring mengereng dan meniarap. Pesakit juga tidak perlu membuka baju dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan alas dan selimut bagi melindungi badan pesakit dan bagi mengelak bersentuhan tempat-tempat sulit dan mengelak dari berlaku fitnah.

( Cungkil @ cokeh pada saraf perut )..
Bagi membetulkan kedudukan saraf perut, perawat akan mencungkil pada saraf perut yang terletak pada betis, paha dan tapak kaki pesakit. Untuk mencungkil saraf ini, pesakit perlu baring terlentang dan perawat akan mencungkil pada betis dan paha. Harus diberi perhatian..cungkil pada bahagian paha hanya dibuat kepada pesakit lelaki sahaja jika pesakit itu perempuan hanya dicungkil di betis sahaja.. Cungkil pada paha juga dibuat jika keadaan pesakit itu teruk. Jika tahap penyakit itu biasa perawat tidak menyentuh pada bahagian ini.  Cungkil pada tapak kaki dibuat dalam keadaan pesakit meniarap.

( Cungkil @ cokeh pada saraf kepada di bahu )..
Akhir sekali perawat akan mencungkil saraf kepala yang terletak pada bahu pesakit..kaedah ini dibuat dalam 2 cara samada keadaan psakit meniarap atau duduk bersila..ini bergantung pada kehendak perawat dan tahap pesakit.

Setelah kaedah cungkil ini selesai perawat akan meminta pesakit menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus..ini adalah untuk mengetahui samada adakah masih ada saraf yang tidak betul semasa proses yang dijalankan tadi..jika pesakit merasakan masih ada yang tidak selesa perawat akan mengulangi kaedah tadi mengikut keadaan..setelah kaedah ini selesai  dijalankan kebiasaan pesakit akan merasa perubahan yang ketara mengikut keadaan pesakit. Harus diberi perhatian..kedudukan saraf yang telah dibetulkan itu kemungkinan besar akan kembali masuk dan tidak stabil selagi saraf itu tidak mengecut seperti asal. Oleh itu, kebiasaan perawat akan mengajar kaedah cungkil pada ahli keluarga yang hadir bagi membantu kestabilan saraf pesakit. kadang-kadang perawat akan mengajar senaman saraf yang juga salah satu cara untuk menstabilkan kedudukan saraf pesakit.

Setelah semua selesai, perawat akan membekalkan ubat yang berkaitan dengan penyakit ini, setiap pesakit akan dibekalkan ubat mengikut tahap dan keadaan pesakit. Disamping itu juga pesakit akan diberi nasihat berkaitan dengan pantang larang pemakanan.

Saturday 15 September 2012

MAKLUMAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sekadar perkongsian maklumat kepada semua sahabat...
InsyaAllah Kami daripada pusat Rawatan Tawakkal akan melakukan rawatan terbuka di Port Kelang sebagaimana berikut :
Hari      : Isnin
Tarikh   : 17 september 2012
Alamat  : No. 68A Jalan Permai 1B, Taman Pandamaran Permai,
              42000 Pelabuhan Kelang. (atas kedai 99)..
Waktu   : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
InsyaAllah kami bersedia untuk merawat bagi penyakit :
1. Semua jenis gangguan samada Saka, Santau, sihir dan lain2.
2. Penyakit saraf ( semua jenis saraf ) samada biasa hingga ke  
    lumpuh, saraf terhimpit, saraf tenggelam dan lain2
3.Masalah tulang slip disk, tulang belakang bengkok dan lain2.
4. 3 serangkai Darah tinggi, kencing manis dan jantung
5. Kanser ( semua jenis kanser )
6. Penyakit yang berkaitan dengan kanser seperti
    Resdung, tonsil, tiroid, gout, buasir, kayap dan badang.
7. Buah pinggang, batu karang, masalah angin, medu
8. Masalah tekanan jiwa, stress,
9. Leukemia, amnesia, dll

Untuk maklumat tempat sila hubungi : Hj. Musa 019 6682360
Untuk majlumat berkaitan cara rawatan boleh hubungi
1.       Us. Abdul Manaf Hj Harun ( Pengasas ) 013 9803728 / 013 980 2825
2.       Us. Mohammad Haziman Mohamad ( Caw. Melaka ) 013 9935445
3.       Abe Nor ( pembantu perubatan Us. Manaf ) 011 18172728
4.       Cikgu Hanafi ( Pembantu Perubatan Us. Manaf ) 019 9484045




Wednesday 16 May 2012

KAEDAH RAWATAN SIHIR DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS


InsyaAllah kami bersedia merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus seperti Sihir, Saka, Santau, Buatan Orang, Ngambang ( jodoh tidak menjadi ), Susuk dan apa-apa jenis gangguan yang melibatkan makhluk halus. Kaedah yang kami gunakan ialah :

1. Scan 
Cara Scan dijalankan
Kami melakukan scan melalui cara meletakkan tangan perawat di belakang pesakit. Perawat dan membaca doa-doa berkaitan dengannya dan mengalirkan tenaga ke belakang pesakit dan mula scan. Melalui kaedah ini perawat akan dapat mengesan jenis-jenis gangguan yang ada pada pesakit. Kadang-kadang pesakit juga boleh merasakan keberadaan gangguan ketika scan di jalankan. Kebiasaan perawat dan pesakit dapat merasakan keberadaan gangguan melalui :
     -  Getaran Arus Elektrik
     -  Gatal
     -  Panas
Setelah scan dibuat perawat akan bertanyakan kepada pesakit jika ianya memerlukan kesahihan sesuatu perkara kerana kadang-kadang perawat mendapat melihat dan merasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pesakit. Setelah kepastian dibuat oleh perawat maka perawat akan melakukan kaedah kedua.

2. Pengisian Pada Bahan
Kaedah pengisian pada bahan ialah dimana perawat membaca ayat Al Quran dan doa-doa berkaitan pada bahan yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut ialah 
Cara pengisian Pada Bahan
     -  Garam Kasar @ Garam Buku ( 1 pek biasa )
     -  7 Biji Limau Nipis
     -  7 Biji Limau Purut
     -  7 Helai Daun Sireh
     -  1 Genggam Daun Bidara ( Daun Yang Biasa Orang Buat Mandi Mayat )

Bahan-bahan tambahan bagi pesakit santau dan susuk
     -  Kacang Hijau
     -  Halia Putih ( Halia Biasa )
     -  Halia Merah ( Halia Bara ) 
     -  Bawang Putih
     - Bawang Merah

( Bahan-bahan ini diperlukan untuk makan dalam kadar 1 minggu )
( Bahan-bahan tersebut adalah jumlah untuk bagi setiap seorang pesakit, jika pesakit yang datang itu ramai hendaklah membawa bahan-bahan dengan secukupnya. Bahan-bahan tersebut dibawa oleh pesakit, kami tidak menyediakan bahan-bahan tersebut )

Bahan-bahan tersebut kami gunakan bagi rawatan kepada pesakit yang teruk dan yang sudah lama menghidapinya, bagi kes-kes yang biasa seperti histeria, kerasukan atau bayi yang tersampuk ianya tidak memerlukan bahan-bahan diatas, kami hanya memerlukan garam kasar sahaja.

3. Proses Mengeluarkan Gangguan 
Sebelum proses mengeluarkan gangguan ini bermula pesakit akan diberikan air yang dicampurkan dengan garam yang telah diisi dengan ayat-ayat pada proses pertama.

Kaedah mengeluarkan gangguan yang terdapat pada tubuh pesakit ialah melalui beberapa cara iaitu : 

MENGAUP DARI MUKA  :iaitu perawat meletakkan tangan pada muka pesakit dan membaca ayat-ayat berkaitan dengannya dan menarik keluar gangguan dengan mengaup dari muka sampai ke dagu. 

Kaedah menarik melalui telinga
MELALUI TELINGA  : Cara ini dijalankan dimana perawat menutup telinga pesakit dengan dua tangan perawat, perawat akan membaca ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan menarik gangguan keluar.

MELALUI 2 TANGAN  : Cara ini dijalankan dimana perawat akan menarik keluar gangguan melalui pangkal bahu sehingga hujung jari pesakit. Cara ini dilakukan pada kedua-dua tangan pesakit.

Kaedah menarik melalui tangan
MELALUI 2 KAKI :  Cara ini lebih kurang sama dengan cara melalui tangan dimana perawat akan menarik keluar gangguan melalui paha sehingga hujung jari kaki. Cara ini dilakukan pada kedua-dua kaki pesakit.

( Setiap proses yang dilakukan akan berulang-ulang mengikut tahap pesakit, contohnya ada pesakit hanya memerlukan proses muka sahaja dan ada yang sehingga kesemua proses, kebiasaan bagi pesakit yang teruk akan memerlukan kesemua proses tesebut..pesakit juga dapat merasakan tahap gangguan itu semakin hilang semasa proses tersebut dijalankan, contohnya ketika melalui proses telinga kebiasaanya pesakit akan merasa panas atau bunyi desingan yang kuat..setelah proses itu di buat kali kedua pesakit akan merasakan desingan atau rasa panas itu hilang atau berkurangan..perawat akan melakukan proses tersebut sehinggan pesakit betul-betul tidak merasakan apa yang pesakit rasa pada proses rawatan itu berjalan.
membuang gangguan

4. Membakar Makhluk Halus
Proses membakar makhluk halus dijalankan oleh perawat jika gangguan atau makhluk halus atau jin pada tubuh pesakit degil dan tidak mahu keluar. Cara membakar gangguan ialah dimana perawat meletakkan tangan pada belakang pesakit dan membaca ayat-ayat yang berkaitannya.
 
5. Scan Kali Kedua
Setelah proses membuang atau menarik keluar gangguan selesai perawat akan membuat scan kali kedua untuk memastikan gangguan itu masih ada atau tidak..pada proses ini pesakit juga dapat merasakan samada apa yang pesakit rasakan sebelum ini masih ada atau tidak. Jika perawat merasakan masih terdapat gangguan perawat akan mengulangi proses ke3 mengikut kesesuaian dan tahap pesakit.

6. Memulihkan Saraf Pada Pesakit


Kaedah memulihkan saraf
Setelah pesakit betul-betul pulih perawat akan melakukan proses memulihkan saraf pesakit, proses ini dilakukan dengan mencungkil @ mencongkeh saraf pada belakang badan pesakit. Kenapa proses ini dilakukan? ini adalah pada cara kami, setiap pesakit yang terkena gangguan saraf mereka akan terganggu kerana makhluk halus berjalan melalui saraf dan darah, oleh itu kami perawat akan membetulkan kembali saraf yang terganggu itu.

7. Panduan Memandikan Pesakit.
Setelah semuanya selesai perawat akan memberikan panduan untuk memandikan pesakit. Pesakit akan mandi dengan bahan-bahan yang diisi pada proses pertama tadi. Proses mandi dilakukan oleh pesakit dirumah masing-masing. 

  Wallahua'lam

Wednesday 2 May 2012

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH

Sekadar perkongsian maklumat untuk perawat dan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Alhamdulillah Pada 23 April lepas, Us. Manaf bersama ayah, ibu , adik lelaki, abang dan seorang anak lelakinya telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. InsyaAllah Us.Manaf dan keluarga akan berada diMekah selama 2 minggu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 5 Mei nanti. Selama tempoh Us.Manaf berada di Mekah, pusat rawatan utama Rawatan Tawakkal akan beroperasi seperti biasa dan dijalankan oleh dua orang pembantu tetapnya iaitu Cikgu Hanafi dan Abe Nor..Web master memohon doa daripada semua agar Us.Manaf dan keluarga dipermudahkan urusan ibadah, dikurniakan kesihatan, diberkati, diredha dan dirahmati sepanjang urusan ibadah mereka disana, semoga mereka selamat kembali ke Malaysia dengan sihat walafiat. Aminn..

Saturday 14 April 2012

KAEDAH RAWATAN SARAF

Rawatan saraf yang kami sediakan ialah semua jenis penyakit saraf samada melibatkan saraf terhimpit, tenggelam, tertindih dan saraf lemah atau saraf yang menyebabkan pesakit menjadi lumpuh.
Kaedah rawatan saraf yang digunakan oleh perawat Rawatan Tawakkal ialah :
      
MENGENAL PASTI JENIS PENYAKIT
Untuk mengenal pasti jenis penyakit saraf yang dialami oleh pesakit, perawat akan bertanyakan keadaan pesakit. Jika pesakit telah membuat rawatan dengan Doktor maka perawat akan mengambil maklumat dari pesakit. Maklumat dari pesakit adalah penting kerana tidak semua penyakit saraf boleh diubati dan dirawat dengan kaedah cungkil @ cokeh. Selain itu juga perawat akan mengenalpasti melalui jari kaki dimana perawat akan menekan saraf pada jari kaki pesakit. Selain itu juga perawat akan meminta pesakit menggerakkan anggota badan yang sakit.

Setelah mengenal pasti jenis penyakit yang dialami ileh pesakit perawat akan menggunakan kaedah cungkil @ congkeh saraf. 

KAEDAH CUNGKIL @ COKEH
Kaedah cungkil @ Cokeh saraf adalah satu kaedah yang mana kami tidak menggunakan sebarang minyak. Kami hanya mencungkil @ mencongkeh saraf-saraf utama yang menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Pesakit juga tidak perlu membuka pakaian selama proses cungkil @ cokeh ini dijalankan. Perawat hanya menggunakan siku bagi mencungkil @ cokeh saraf yang kasar / besar dan menggunakan jari bagi saraf-saraf kecil bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit yang dialami. Proses ini dijalankan dalam keadaan mengiring, melentang, meniarap dan duduk. 

TERAPI
Kadang-kadang untuk membetulkan saraf yang terhimpit dan tenggelam perawat menggunakan kaedah terapi @ fisioterapi iaitu dengan melipatkan bahagian pinggan dan peha. Tidak semua penyakit memerlukan kaedah ini. Bagi pesakit yang kronik kebiasaanya kami akan mengajar saudara mara terdekat kaedah rawatan yang perlu dibuat dirumah pesakit, kaedah itu ialah senaman dan cara terapi. 

RAWATAN SUSULAN.
Setelah selesai proses rawatan perawat akan menanyakan kepada pesakit tentang keadaan pesakit adakah ada perubahan atau tidak. Jika saraf yang dirawat itu telah pulih atau kembali pada normal ianya tidak memerlukan rawatan susulan tetapi jika ianya belum pulih sepenuhnya ianya memerlukan rawatan susulan ia bergantung pada kedaan pesakit. 

UBAT-UBATAN
Kebiasaanya kami akan membekalkan pesakit dengan ubat-ubatan herba yang berkaitan dengan saraf ini. Disamping itu juga kami akan memberitahu pantang larang pemakanan yang perlu di turuti oleh pesakit.

PERHATIAN : UNTUK RAWATAN SARAF INI DI NASIHATKAN PESAKIT DATANG MEMAKAI SELUAR YANG TIDAK TEBAL DAN KASAR SEPERTI JEANS DAN SEBAGAINYA. INI ADALAH KERANA IANYA MENYUKARKAN PIHAK KAMI UNTUK MENJALANKAN PROSES RAWATAN.

Wednesday 11 April 2012

Kaedah Rawatan Resdung, Asma (Lelah), Tonsil dan Tiroid

Bagi merawat penyakit resdung, Asma ( Lelah ), Tonsil Dan Tiroid kami menggunakan kaedah yang sama iaitu TUTUR ( istilah dalam bahasa Kelantan ) dan memberi ubat Herba dan nasihat cara pemakanan. Pada kami penyakit Asma, Tonsil dan Tiroid berpunca daripada resdung. Untuk mengetahui huraian lebih lanjut sila baca pada halaman KENALI PENYAKIT pada blog ini. Kaedah rawatan Resdung, Asma (Lelah), Tonsil dan Tiroid adalah seperti berikut.

1.   TUTUR (membuang bendalir dari rongga tubuh)


Pesakit akan baring dengan kepala didongakkan kemudian perawat akan membaca doa dan ayat-ayat berkaitan pada ubat herba yang disediakan. Kemudian perawat akan memasukkan ubat herba kedalam hidung pesakit dalam masa yang amat singgkat. kemudia pesakit akan dibawa ke luar rumah dan duduk di tepi longkang pada kerusi yang disediakan. Pesakit akan menganga mulut dan membiarkan bendalir yang berkaitan dengan penyakit keluar dengan sendiri. Proses mengeluarkan bendalir ini mengambil masa 1/2 jam ke sejam bergantung pada tahap penyakit pesakit tersebut. Pada proses ini perawat dapat mengenal pasti tahap penyakit yang dialami oleh pesakit, ini kerana semasa proses TUTUR dijalankan pesakit akan mengeluarkan bendalir seperti :
  • Tahap Biasa    : Mengeluarkan bendalir seperti lendir putih jernih melalui hidung atau mulut.
  • Tahap Teruk    : Mengeluarkan lendir putih dan darah atau nanah.
Tahap ini diambilkira hanyalah untuk perawat memberi nasihat pemakanan kepada pesakit bukan untuk membezakan tahap kritikal atau tidak seseorang pesakit. 

Setelah proses TUTUR ini selesai pesakit perlu menyucikan segala bendalir yang keluar. Kemudian pesakit akan diberikan Cutton Buds ( putik kapas pengorek telinga ) yang sudah diletakkan ubat herba. Pesakit diminta memasukkan dalam telinga bagi proses membersihkan kegatalan dalam telinga. Sambil itu pesakit juga diberi ubat untuk sapu pada hidung bagi melegakan hidung yang tersumbat kerana kebiasaan selepas proses TUTUR hidung akan menjadi tersumbat.

2.    UBAT

Setelah semua proses tadi selesai, pesakit akan dibekalkan dengan ubat herba khusus bagi merawat resdung. Pada masa yang sama perawat akan menasihati pesakit tentang pantang larang pemakanan semasa dalam tempoh merawat resdung ini. Cara rawatan kami, kami amat menitik beratkan pantang larang dalam pemakanan semasa proses rawatan ini berjalan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan proses rawatan ini.

PERINGATAN  : PROSES TUTUR INI DIJALANKAN HANYA PADA WAKTU SIANGHARI SAHAJA DAN SEBELUM WAKTU ASAR. INI KERANA JIKA PROSES INI DIJALANKAN SELEPAS WAKTU ASAR AKAN MENYEBABKAN PESAKIT TIDAK SELESA DAN HIDUNG MENJADI TERSUMBAT. OLEH ITU DINASIHATKAN DATANG PADA WAKTU YANG SESUAI .

Tuesday 3 April 2012

TESTIMONI ( US MANAF )

TESTIMONI YANG DI PAPARKAN DIDALAM RUANGAN INI ADALAH CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH PESAKIT DAN USTAZ MANAF YANG DIINGATI OLEH ADMIN INSYAALLAH ADMIN AKAN CUBA SENTIASA MENGEMASKINI SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA USTAZ MANAF DAN TESTIMONI.

ANTARA PESAKIT-PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT OLEH USTAZ MANAF

SANTAU
( 1 )
Seorang pesakit dari Selangor datang ke rumah Ustaz Manaf pada tengah malam untuk membuat rawatan sihir, pesakit ini telah sakit 2 tahun. Ustaz Manaf adalah ikhtiar mereka yang terakhir bagi keluarga pesakit setelah 2 hari datang ke Kelantan untuk berikhtiar mengubati anak meraka. Pada asalnya Ustaz menolak kerana kebiasaannya selepas jam 12 malam kekuatan makhluk halus ini akan bertambah 2x ganda..namun ibu bapa pesakit merayu untuk dirawat kerana mereka terpaksa balik ke Selangor pada malam itu juga kerana ada urusan yang perlu mereka selesaikan keesokan hari.setelah membuat solat hajat dan persiapan Ustaz memulakan proses. setelah scan dibuat dan berdialog didapati ia terkena santau yang dibuat oleh orang asli di Pahang yang dikenali sebagai CANUAI ASLI. banyak kejadian aneh yang berlaku semasa proses rawatan itu dibuat seperti kepala mengelembung seperti belon kerana Jin yang ada pada tubuh pesakit itu hendak keluar melalui kepala pesakit dengan niat hendak mematikan pesakit. Alhamdulillah setelah proses menarik semua gangguan keluar pesakit telah sedar dan buat pertama kali dalam 2 tahun ia memanggil ibu bapanya dan bertanya dia sekarang berada dimana. Ibu bapanya dalam tangisan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz manaf. Alhamdulillah pesakit itu telah sembuh sepenuhnya.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS ( JIN )
 ( 1 )
Pelik tapi benar itu yang terjadi pada 1 keluarga apabila 2 orang anaknya lelaki dan permpuan tetiba dapat melihat makhluk halus atau jin yang datang membakar barang-barang dalam rumahnya sehingga rumah meraka idak mempunyai perabot kerana sering dibakar oleh makhluk tersebut. Menurut ayah kepada 2 orang anak yang sakit ini Ustaz Manaf merupakan orang ke 131 yang mereka ikhtiar untuk menghilang gangguan tersebut. Semasa proses membuang gangguan di buat didapati kedua-dua anak yang sakit ini pernah menerima makanan iaitu gula-gula daripada seorang perempuan tua dan setelah memakan gula-gula tersebut kedua-dua meraka dapat melihat makhluk yang menganggu rumah mereka itu. Alahmdulillah setelah rawatan dibuat kedua-dua anak ini sembuh sepenuhnya dan rumah mereka tidak lagi diganggu denga kejadian kebakaran kecil.

MASALAH RUMAHTANGGA
( 1 )
Seorang isteri juga seorang guru datang kerumah Ustaz Manaf untuk menyelesaikan masalah keluarganya. Dia memberitahu bahawa suaminya sudah berubah sering memukulnya dan anak-anaknya dan menjual segala barang-barang dalam rumah membuatkan kehidupannya kucar kacir. Ustaz Manaf memberi panduan solat hajat dan mengajar doa-doa dan ayat-ayat berkaitan untuk diamalkan oleh guru tersebut. Alhamdulillah, berkat dari doa yang diberi, suami yang pulang kerumah hendak memukul isteri dan anak-anaknya  tiba-tiba menjadi mengeletar dan terus sujud memohon ampun  dan maaf kepada isteri dan anak-anaknya, beliau menjadi sedar dan insaf atas kesalahannya itu. Pada malam itu, si suami telah bermimpi berjumpa dengan seseorang dan pada pagi itu beliau bertanya pada isterinya tentang gambaran orang yang dia jumpa dalam mimpi tersebut, lalu isteri menceritakan bahawa orang yang dia jumpa dalam mimpi itu adalah ustaz Manaf. Lalu suami itu pergi kerumah Ustaz Manaf mengucapkan terima kasih dan menceritakan bahawa sebenarnya dia berubah kerana bermain judi di Thailand dan apabila kalah dia tertekan dan anak bini menjadi mangsa. Ustaz Manaf memberi nasihat kepada suami dan isteri tersebut, alhamdulillah keluarga mereka kembali bahagia.

MASALAH HISTERIA
( 1 )
Sebuah sekolah di Machang telah diserang gangguan histeria, hampir keseluruhan pelajar asrama dan guru sekolah itu diserang histeria. Us. Manaf telah dihubungi lebih kurang jam 12 malam. Alhamdulillah setelah dijalankan rawatan semua pelajar dan guru yang diserang histeria sembuh.

( 2 )
Sebuah sekolah di Tanah Merah telah diserang gangguan histeria, boleh dikatakan semua pelajar dan guru asrama sekolah itu telah histeria termasuk pengetuanya. Kebetulan pada masa Us Manaf dihubungi beliau bersama anak-anak muridnya sedang menjalani kelas rawatan. Beliau bersama anak murid kesekolah dan merawat pelajar dan guru yang terkena histeria. Setelah memagar kawasan sekolah yang diserang histeria itu dengan garam yang telah diIsi dengan bacaan doa dan ayat-ayat tertentu banyak tempat yang ada kesan tempat jin yang menduduki kawasan itu terbakar. Alhamdulilah sehingga kini sekolah tersebut tidak lagi di ganggu.

(3 )
Pelajar Salah sebuah Universiti telah mengadakan perkelahan di Lata Tembakah Terengganu, semasa berkelah disana semua pelajar tersebut diserang histeria. Ramai perubat yang dipanggil kesana untuk merawat tetapi tidak berjaya, atas nasihat salah seorang penduduk disana yang pernah datang membuat rawatan di rumah Us Manaf supaya membawa mereka ke rumah Us Manaf dan pemandu bas bersetuju membawa mereka ke rumah Us Manaf. Alhamdulillah setelah tiba sahaja dirumah Us Manaf seoreng demi seorang pulih daripada histeria.

Wednesday 21 March 2012

SALAM UKHUWWAH FILLAH

Salam ukhuwwah fillah kami ucapkan kepada semu yang sudi untuk bertandang pada blog yang baru kami sediakan ini..tiada apa yang dapat katakan selain mengharapkan blog ini mendapat Rahmat dan Keredhaan daripada Allah swt..dan kami juga berharap semoga blog ini dapat membantu orang yang ingin membuat rawatan dengan kami mengetahui selok belok kaedah rawatan yang disediakan..kami memohon kemapunan dan kemaafan jika terdapat kekuarang pada blog yang baru kami bina ini..InsyaAllah blog ini akan dikemaskini sentiasa..segala kelemahan dan kekurangan yang ada sekarang kami dahului dengan pohon kemaafan..