Friday 15 September 2017

PUSAT RAWATAN DARUL TAWAKKAL

For those who want to make an appointment or to get more information about the services and treatments we provide, you can contact at 0133799686.

Services & Treatments:-

1)Interruption of Spiritual Creature (Hysteria, Genie, Prennial, Santet, Black Magic Disorder and Others).

2)Treatments of Heart, Kidney, Nerve, Diabetes, Hypertension, Cancer, Tumors.

3)Swallen Feet, Ankle Sprain, Etc.

4)Sinus Treatment.

5)Treatments of Stroke, Paralysis, Slipped Disk, Etc.

6)Sell Various Types of Traditional Medicine / Herbs Guaranteed 100%

7)Motivator

8)And Others

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Is Islam Treatments Using Traditional Medicines / Herbs 100%

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Is A Combination of Herbs And Verses of The Holy Al-Quran

*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Is Registered With The Companies Commission of Malaysia With A Number KT0396910-P


*Pusat Rawatan Darul Tawakkal Is Also Registered With The Traditional & Complementary Medicine Division Under The Ministry of Health On Behalf of Pusat Perubatan Islam Tawakkal & Komplementari

Saturday 1 November 2014

MAKLUMAN

RAWATAN TAWAKKAL DI CAWANGAN SELATAN TERPAKSA DI TUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU KERANA KAMI TIDAK ADA PERAWAT YANG BOLEH MENJALANKAN RAWATAN DI SANA BUAT MASA INI..
KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN INI..

Saturday 16 November 2013

TRIP KE 2 KAMI..KALI INI DI KAJANG SELANGOR






UNTUK MAKLUMAN..
MEMANDANGKAN UNTUK MENGADAKAN TRIP RAWATAN INI MEMERLUKAN KOS YANG BESAR KAMI TELAH MENETAPKAN HARGA @ CAS BAGI RAWATAN YANG DIBERIKAN..
BERIKUT ADALAH SENARAI HARGA @ CAS YANG DIKENAKAN..

1. PENYAKIT SARAF DAN TULANG BERGANTUNG KEPADA TAHAP PENYAKIT
    HARGA DIANTARA RM 50 - 100 SHJ..tidak termasuk harga ubat
2. RESDUNG - TUTUR RM 10 + UBAT RM 20 X 2 BOTOL = RM 50
3. PENYAKIT LAIN YANG MEMERLUKAN RAWATAN SARAF YANG BIASA SEPERTI 
    KENCING MANIS, DARAH TNGGI, DLL HARGA RM 30.00 - 50.00 SHJ..tidak termasuk ubat
4. PENYAKIT YANG TIDAK MEMERLUKAN RAWATAN SARAF HANYA PERLU
    MEMBAYAR HARGA UBAT SAHAJA

Tuesday 8 October 2013

PERKONGSIAN ILMU


TIDAK SEMUA PENYAKIT MISTERI , PELIK DAN TIDAK DAPAT DIRAWAT OLEH HOSPITAL  BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN.

Dalam masyarakat hari ini, Kita sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan jika seseorang itu mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan hospital pastinya ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang sering dilabelkan berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan lain-lain ialah stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit berkaitan dengan saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan mana-mana anggota tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk, gatal yang sudah lama diubati tetapi tidak pulih. 
Di antara penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah yang paling dipandang serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita biasa mendengar simptom stress adalah melibatkan :-
  1. Simptom Fizikal seseorang seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, pengsan, berpeluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh pada badan yang berlebihan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering fikir tentang kematian  mendengar bisikan dan halusinasi iaitu melihat objek pelik, roh, hantu dan sebagainya. 
  2. Simptom  Mental yang mana pesakit akan menjadi  kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik. 
  3.  Simptom tingkahlaku yang mana sikap seseorang itu berubah seperti contoh perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar tapi makan sedikit dah kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak kenyang. melakukan sesuatu perkara yang pelik dan  bertentangan norma masyarakat bercakap seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa , bercakap seorang diri, kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur dalam mulut. 
  4.  Simptom emosi iaitu pesakit menjadi  kemurungan, hilang sifat sabar, cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri.
Kami tidak menafikan bahawa ada pesakit yang mempunyai simptom seperti diatas mereka mempunyai masalah gangguan makhluk halus samada sihir, santau atau sebagainya, tapi apa yang kami cuba kongsikan disini ialah terdapat juga pesakit yang mempunyai symptom seperti diatas tetapi tidak sama sekali ada kaitan dengan gangguan bahkan ianya disebabkan masalah fizikal pada tubuh pesakit itu sendiri. Disini kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada pada kami berkaitan dengan pesakit yang mempunyai symptom seperti yang dinyatakan tetapi tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus. 

Mengikut pengalaman dan ilmu yang kami pelajari, pesakit yang mempunyai simptom tersebut terjadi disebabkan masalah angin dan saraf pada tubuh pesakit. Seperti gambarajah sebelah saraf tunjang tunjang pada tubuh manusia memainkan peranan penting untuk mengawal tubuh manusia iaitu membawa oksigen ke kepala dan ia berkaitan dengan jantung, paru-paru, ginjal usus dan lain-lain. Oleh itu, simptom yang berlaku itu terjadi kerana saraf tunjang pada pesakit telah bengkak serta terhimpit dan mengakibatkan perjalannan oksigen tidak sampai ke otak seperti normal. Melalui pengalaman rawatan yang diberikan, kami mendapati jika himpitan saraf itu berlaku dalam lingkungan 30% pesakit akan mengalami simptom seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, sakit kepala seperti migrain,  berpeluh pada tapak tangan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar. Jika himpitan itu bertambah kuat sehingga 50% symptom yang sama akan berlaku tetapi dengan kadar yang lebih kuat seperti jika sebelum ini sukar hendak tidur pesakit akan menjadi langsung tidak tidur, hilang selera makan, sakit kepala makin kerap dan lain-lain. Bahkan dalam keadaan ini emosi pesakit menjadi lebih teruk, pesakit cepat marah, mudah mengamuk, hilang kesimbangan badan, mudah pengsan hilang fokus, mudah lupa, perasaan takut menjadi-jadi jika melihat orang ramai dan lain-lain lagi. Manakala jika himpitan pada saraf tunjang menjadi 80% pesakit akan mengalami simptom seakan-akan orang yang terkena gangguan. Kebiasaan pesakit akan mengalami halusinasi dimana mendapat bisikan supaya bunuh diri, mati, terjun pada tempat tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pesakit juga akan mendakwa nampak lembaga pelik seperti roh, hantu dan sebagainya. Selain itu juga pesakit suka bersendirian, kadang menangis, kadang-kadang ketawa, bercakap bersendirian, menggigit kuku, menyimpan air liur dalam mulut dan lain-lain lagi. Kami sengaja menggunakan ayat  “lain-lain lagi”  kerana pada kami penyakit saraf terhimpit dan angin ini boleh membawa 1001 penyakit dan setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza-beza. 
Kaitan antara saraf terhimpit dengan angin ialah dimana saraf terhimpit akan menyebabkan perjalanan angin didalam badan terganggu dan tidak stabil, ini juga menjadi punca kepada simptom tersebut. Bukan itu sahaja, perjalanan angin dalam badan terganggu dan tidak berjalan seperti sediakala akan menyebabkan pesakit sering sendawa, sakit pada hulu hati, terasa angin berada di tekak tetapi tidak sedawa dan jika sendawa ia merasa masam, rasa menyucuk pada bahagian jantung yang mana kesakitan seperti diserang penyakit jantung, kembung perut, senak perut, sembelit dan lain-lain lagi. Hal ini sering dikaitkan oleh masyarakat kita dengan menamakan masalah tersebut ialah , sakit angin medu, uluran, angin tuju, angin lebih dalam badan dan sebagainya, sehingga ada juga masyarakat dan perawat yang mendakwa pesakit yang mempunyai gejala tersebut terkena santau angin, buatan orang dan lain-lain gangguan. Masyarakat sering melabelkan dengan sedemikian kerana penyakit tersebut tidak hilang walaupun sudah berulang kali berjumpa dengan  doktor termasuk doktor pakar. Apa yang saya tahu Kebiasaan doktor akan mengaitkan gejala tersebut dengan gastrik bahkan jika simtom yang berlaku terlalu serius seperti kemurungan dan stress doktor akan merujuk kepada Doktor Pakar psikitrik, Wallaua’lam.

Kami berharap apa yang diperkongsikan ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini bukanlah untuk mencari populariti serta mencari kelemahan atau menyatakan keburukan mana-mana pihak, artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang rawatan yang dipelajari. Kami juga mengharapkan ada perkongsian maklumat daripada semua perawat dan masyarakat termasuk daripada doktor sendiri. Kami akui, kami bukanlah yang terbaik, dan tiada diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu yang dipelajari dan didapati adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami juga berharap suatu hari nanti kita semua samada perawat islam, bukan islam, rawatan alternatif dan rawatan sains dapat duduk semeja dan berbincang dan berkongsi maklumat dalam mencari jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua manusia. Sesungguhnya kita semua bukan penyembuh Allah jua yang memberi kesembuhan dan kita hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu melalui sedikit ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat melalui dan seperti kehendak syariat Allah swt.

           




Al Fatihah Buat Allahyarham Perawat Cikgu Hanafi

Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hanafi yang telah kembali ke Rahmatullah di Mekah Al Mukarramah pada sehari sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013..menurut sumber Allahyarham ke Mekah untuk menunaikan umrah dan semasa hari hendak pulang tiba-tiba Allahyarham terjatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri.
Allahyarham yang saya kenal dan sentiasa  di sebut oleh ustaz Abdul Manaf merupakan seorang yang rajin berpuasa. Ustaz Abdul manaf sering memuji beliau katanya Allahyarham sejak mula berguru sehingga sekarang tidak pernah tinggal puasa isnin dan khamis dan tidak meninggalkan puasa Rejab, Sya'ban apatah lagi Ramadhan. Seingat saya, semasa bersama membuat trip rawatan ke Kuala Lumpur sebelum ini, Allahyarham sentiasa membaca Al-Quran pada waktu pagi dan ketika hendak tidur. Saya juga amat mengagumi Allahyarham kerana beliaulah antara anak murid yang sanggup mencari herba dan akar kayu diserata tempat dan bukit untuk dijadikan ubat. Antara ubat yang Allahyarham hasilkan ialah Herba Air Saraf, Herba Penawar Ketagihan Dadah dan Herba Air Jantung & Kolestrol. Masih segar diingatan saya apabila saya bertanya bagaimana beliau boleh dan sanggup untuk mencari herba dan akar kayu untuk membuat air saraf dengan usia seperti itu kerana semua akar itu amat sukar untuk diperolehi, beliau sambil senyum menjawab " tak apalah, usaha setakat yang mampu demi hendak menolong orang yang sakit"..Allahyarham juga seorang yang peramah, lemah lembut dalam percakapan dan tidak pernah lokek ilmu..apa sahaja penemuan baharu yang diperolehi beliau tidak sembunyikan...Alhamdulillah dengan herba yang dihasilkan oleh beliau dan ilmu yang dikongsikan telah berjaya membantu memulihkan ramai pesakit.. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama Orang mukmin, para solihin dan mereka yang beramal soleh..dan semoga ilmu dan herba yang ditinggalkan oleh beliau menjadi bekalan yang tidak putus untuk Allahyarham..Amin..

Wednesday 12 June 2013

KAEDAH RAWATAN SLIPPED DISK, TULANG BELAKANG BENGKOK, TERBUKA RUAS, SAKIT PNGGANG, DLL



Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “menggelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.

Penyakit ini berisiko kepada mereka yang gemar melakukan sukan lasak seperti ragbi dan gusti yang banyak menggunakan otot badan. Ia juga boleh berlaku kepada orang yang aktif sukan kemudian berhenti daripada bersukan pada waktu yang lama.

Penyakit tulang belakang ini boleh berlaku kepada mereka yang pernah terjatuh sama ada masa zaman kanak-kanak, remaja mahupun dewasa serta mengambil mudah kesan penyakit ini. Bagi orang yang sering melakukan kerja berat seperti mengangkat benda-benda berat, kekerapan melakukan tugas begini menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung beban tugas tersebut. Begitu juga mereka yang mempunyai masalah berat badan, tulang belakang tidak mampu berat badan mereka dan inilah salah satu punca berlakunya slipped disc.
Untuk merawat pesakit slipped disc, Semua Masalah melibatkan Tulang Belakang Seperti Tulang Belakang  Bengkok, Terbuka Ruas Dan Juga Masalah Melibatkan Pinggang.. kami menggunakan beberapa kaedah iaitu :-

1.     MENDAPAT MAKLUMAT DARI PESAKIT
Perawat akan bertanya kepada pesakit tempat atau bahagaian mana yang sakit, tahap sakit, punca terjadi. Kemudian pesakit di minta untuk baring mengiring untuk melihat kedudukan tulang belakang dan keadaan saraf tunjang. Untuk kaedah ini pesakit tidak perlu membuka pakaian dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan bantal sebagai penghadang antara pesakit dan perawat. Perawat akan menyentuh saraf tunjang dan tulang belakang untuk menilai tahap kesakitan pesakit. yang dialami pesakit. Jika pesakit mengalami kesakitan yang kuat maka perawat akan memberi ubat dan memberitahu cara pemakanan pantang larang serta mengajar senaman yang perlu dilakukan oleh pesakit. Pesakit akan diberi tarikh untuk rawatan susulan.  Jika pesakit didapati boleh untuk dibuat rawatan pada ketika itu maka perawat akan menggunakan kaedah kedua.

2.    CUNGKIL @ CONGKEH SARAF
Kaedah ini adalah sama yang ditunjukkan dan dijelaskan dalam ruangan kaedah rawatan saraf, angin, jantung dan lain-lain. Oleh kerana slipped disk ini juga melibatkan saraf yang terhimpit maka kaedah ini digunakan untuk membetulkan saraf tunjang, saraf pinggang dan saraf perut pesakit. Kaedah cungkil @ cokeh dibuat mengikut kadar dan keadaan pesakit. Kaedah ini dilakukan dalam keadaan mengiring, terlentang dan meniarap.


3.    FISIOTERAPI  ( TERAPI PINGGANG DAN TULANG BELAKANG )
Fisioterapi yang kami gunakan merupakan terapi pinggang iaiu membetulkan saraf pada bahagian pinggul, belakang paha sehingga ke betis. Seterusnya fisioterapi untuk membetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah tersebut. Untuk melakukan kaedah ini pesakit perlu tidur terlentang dan perawat akan memusingkan pinggul untuk membetulkan saraf dan tulang belakang. Dengan kaedah ini jika saraf tersebut dah keluar atau tulang yang bermasalah itu dan kembali normal pesakit akan merasa perubahan , kelegaan dan tidak sakit lagi pada bahagian yang bermasalah itu.

 

 4.    UBAT
Setelah selesai perawat akan memberi ubat, mengajar cara senaman untuk pesakit membuat “Follow Up” dirumah. Selain itu pesakit di jelaskan pantang larang makan minum dan pergerakkan yang tidak boleh dibuat sehingga pesakit benar-benar pulih.

PERHATIAN…tidak semua pesakit slipped disk yang pulih dengan sekali rawatan, ada yang perlu datang beberapa kali baru sembuh. Pesakit perlu membuat rawatan susulan jika ia perlu kepada rawatan susulan. Rawatan susulan akan diberitahu oleh perawat.

Monday 8 October 2012

KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.


KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.

Kaedah pertama ( sentuhan pada kaki dan pergelangan tangan ):

Perawat akan melihat tahap pesakit melalui sentuhan kaki dan tangan dimana perawat akan menyentuh kaki dan tangan pesakit. Ini kerana kebiasaan orang yang mengalami penyakit ini akan mengalami keadaan kaki dan tangan yang sejuk dan berpeluh. Pada kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap penyakit pada pesakit melalui tahap kesejukan dan laras kesejukan.
Tahap kesejukan bermaksud tahap kesejukan pada kaki dan tangan pesakit, ini kerana setiap pesakit mempunyai tahap kesejukan yang berbeza. Ada yang sejuk sedikit dan ada yang sejuk seperti selepas memegang ais.
Laras kesejukan bermaksud tahap sejuk pada kaki kerana ada yang sejuk separuh pergelangan kaki dan ada yang sejuk satu pergelangan kaki dan ada yang lebih daripada satu pergelangan kaki. Kaedah sentuhan ini penting kerana melalui kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap pesakit dan cara kaedah yang terbaik untuk merawat.

Kaedah kedua ( picitan pada saraf jari kaki ):

perawat akan mengenalpasti tahap melalui sentuhan dan picitan pada saraf yang terletak pada jari kaki. Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sendiri boleh merasai tahap penyakit yang dialami kerana apabila perawat menekan pada saraf yang tertentu pesakit akan mengalami kesakitan pada jari tersebut dan kesakitan itu bergantung pada tahap yang dialami pesakit, jika sakit yang dialami itu kuat ini bermakna tahap penyakit yang dialami oleh pesakit adalah kuat.

Kaedah ketiga ( Cungkil atau cokeh ) :

Kaedah Cungkil @ cokeh ini sama seperti yang diterangkan pada kaedah merawat penyakit saraf dan pinggang. Kenapa kami menggunakan kaedah ini?..kami menggunakan kaedah yang sama kerana pada kami penyakit angin ini juga melibatkan saraf utama iaitu saraf tunjang, berbeza dengan kaedah tukang urut yang lain kerana kebiasaan tukang urut akan menyentuh dan mengurut pada bahagian perut. Kami tidak menyentuh bahagian perut kerana pada kami, di perut tidak mempunyai saraf bahkan hanya mempunyai usus perut dan amat merbahaya jika menyentuh dan mengurut pada bahagian ini kerana mungkin menyebabkan usus perut rosak dan memecahkan urid asid pada bahagian perut. Pada kami, kami mencungkil saraf tunjang kerana saraf itu telah membengkak dan turun dan dihimpit oleh tulang belakang. Ini menyebabkan system saraf itu terganggu dan juga menyebabkan oksigen tidak sampai ke kepala.
( Cungkil @ cokeh pada saraf tunjang )..
Perawat akan mencungkil keseluruhan saraf tunjang bermula pada titik utama saraf pada belakang dan dari hujung sulbi dan kebahu. kaedah cungkil ini akan membuatkan kedudukan saraf tunjang kembali pada asal. Kadang-kadang Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sudah merasa perubahan pada diri pesakit. Jika pesakit sebelum ini sukar sendawa pesakit akan sendawa dengan selesa dan puas. Jika sebelum peskit rasa kepalanya berat dan stress pesakit akan merasa lega dan lapang dan berbagai-bagai lagi. Kaedah ini dijalankan dengan cara pesakit baring mengereng dan meniarap. Pesakit juga tidak perlu membuka baju dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan alas dan selimut bagi melindungi badan pesakit dan bagi mengelak bersentuhan tempat-tempat sulit dan mengelak dari berlaku fitnah.

( Cungkil @ cokeh pada saraf perut )..
Bagi membetulkan kedudukan saraf perut, perawat akan mencungkil pada saraf perut yang terletak pada betis, paha dan tapak kaki pesakit. Untuk mencungkil saraf ini, pesakit perlu baring terlentang dan perawat akan mencungkil pada betis dan paha. Harus diberi perhatian..cungkil pada bahagian paha hanya dibuat kepada pesakit lelaki sahaja jika pesakit itu perempuan hanya dicungkil di betis sahaja.. Cungkil pada paha juga dibuat jika keadaan pesakit itu teruk. Jika tahap penyakit itu biasa perawat tidak menyentuh pada bahagian ini.  Cungkil pada tapak kaki dibuat dalam keadaan pesakit meniarap.

( Cungkil @ cokeh pada saraf kepada di bahu )..
Akhir sekali perawat akan mencungkil saraf kepala yang terletak pada bahu pesakit..kaedah ini dibuat dalam 2 cara samada keadaan psakit meniarap atau duduk bersila..ini bergantung pada kehendak perawat dan tahap pesakit.

Setelah kaedah cungkil ini selesai perawat akan meminta pesakit menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus..ini adalah untuk mengetahui samada adakah masih ada saraf yang tidak betul semasa proses yang dijalankan tadi..jika pesakit merasakan masih ada yang tidak selesa perawat akan mengulangi kaedah tadi mengikut keadaan..setelah kaedah ini selesai  dijalankan kebiasaan pesakit akan merasa perubahan yang ketara mengikut keadaan pesakit. Harus diberi perhatian..kedudukan saraf yang telah dibetulkan itu kemungkinan besar akan kembali masuk dan tidak stabil selagi saraf itu tidak mengecut seperti asal. Oleh itu, kebiasaan perawat akan mengajar kaedah cungkil pada ahli keluarga yang hadir bagi membantu kestabilan saraf pesakit. kadang-kadang perawat akan mengajar senaman saraf yang juga salah satu cara untuk menstabilkan kedudukan saraf pesakit.

Setelah semua selesai, perawat akan membekalkan ubat yang berkaitan dengan penyakit ini, setiap pesakit akan dibekalkan ubat mengikut tahap dan keadaan pesakit. Disamping itu juga pesakit akan diberi nasihat berkaitan dengan pantang larang pemakanan.