Ruangan ini kami sediakan untuk memaparkan jenis-jenis penyakit dan punca terjadinya penyakit tersebut. Kami bukanlah pakar dalam semua penyakit yang kami paparkan ini, ruangan ini hanya perkongsian sedikit ilmu yang kami ada sekadar untuk renungan dan panduan. kami juga mengalu-alukan komen dan perkongsian ilmu dalam ruangan ini agar apa yang kita bincangkan merupakan satu jalan untuk membantu pesakit yang memerlukan rawatan.
"SANTAU"
Santau atau juga dikenali sebagai
tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun
musuh.
Pada peringkat awal mereka yang
terkena serangan santau akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah
banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit
kepala.
Santau kadangkala tidak memberikan
kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman pada mangsa. Mangsa yang
terkena serangan santau ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan
sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam dengan segera dan cepat.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu
digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari
benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
1. Bahan Bisa - boleh diperoleh
daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk,
bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang
hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
2. Bahan Miang/Gatal - diantaranya
ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat
bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa
gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
3. Bahan Pedih - (melukakan) yang
menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah
kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau
binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah
mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
JENIS-JENIS SANTAU:
1. Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam
makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan
menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman
tersebut akan menjadi mangsa santau.
2. Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa
dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata dengan
melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman
adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan
dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau
dada) dengan bantuan jin angin.
3. Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan
oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat
dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit
parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau
tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas
pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
4. Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada
mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti
duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin
dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat.
Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang
yang terkena santau angin.
saya ingin bertanya. nenek saya mengalami penyakit yang saya sendiri tidak pasti. seluruh anggota badannya tidak dapat digerakkan. sudah diurut dan sebagainya. tapi sedikit pown tidak mengalami sebarang perubahan. cuma kedua tangannya boleh dianggkat sedikit. anggota badannya tidak boleh digerakkan bukan disebabkan strok kerana sebelum ini dia tidak mengalami apa2 penyakit. adakah keadaan itu terjadi disebabkan saraf yang rosak??
ReplyDeleteMOHON BANTU RAKYAT MSIA
ReplyDeleteAssalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Lokasi Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com