..Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum..
Dengan nama Allah, yang maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Kita panjatkan puji dan syukur kehadrat Allah s.w.t. memuji dan
mengagungkanNya. Kita memohon petunjukNya dan mengharap keampunanNya, juga
memohon kea’fiatan dan kesihatan yang berterusan didalam agama baik di dunia
mahupun di akhirat. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia dan rasul Muhammad s.a.w. serta ke atas ahli
kelurga baginda dan seterusnya ke atas sekalian para sahabat baginda.
Tawakkal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah Ta’ala untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah bahaya, baik menyangkut urusan dunia maupun akhirat. Allah Ta’ala berfirman yang ertinya,
”Dan barangsiapa bertaqwa kepada Alloh, niscaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rizqi dari arah yang tiada ia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakal kepada Alloh, maka Dia itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3)
Justeru itu, kami menamakan pusat rawatan ini sebagai rawatan tawakal.
Rawatan Tawakkal telah diasaskan oleh Ustaz Abdul Manaf Bin Hj. harun dan telah beroperasi lebih kurang hampir 20 tahun. Blog Rawatan tawakkal ini di bina diatas inisiatif pelajar-pelajarnya yang ingin berkongsi dengan semua orang tentang kaedah rawatan yang jarang di jumpai dan dilihat pada zaman sekarang. Rawatan Tawakkal adalah rawatan perubatan alternatif Islam yang sepenuhnya berdasarkan
al-Quran dan Sunnah. Rawatan ini mengabungan antara kaedah Batiniah melalui bacaan-bacaan doa berdasarkan Al-Quran dan Hadis serta kaedah Zahiriah melalui khasiat herba-herba asli. Selain itu juga rawatan ini merawat sistem saraf pada badan manusia melalui kaedah cungkil saraf bagi masalah penyakit saraf dan menggunakan kaedah fisioterapi bagi memulihkan penyakit berkaitan dengan tulang. Oleh sebab demikian kami melabelkan dengan kaedah rawatan sistem saraf dan 100% herba.
Rawatan Tawakkal menyediakan perkhidmatan bagi rawatan yang melibatkan batiniah seperti ganguan makhluk halus dan juga perkara melibatkan Zahiriah seperti penyakit moden yang ada sekarang seperti Jantung, kanser, Buah Pinggang, Kencing manis, Darah Tinggi dan berbagai lagi. Pelbagai kaedah rawatan yang kami gunakan untuk merawat pesakit kerana setia penyakit berbeza cara rawatanya, oleh sebab itulah kami mengambil inisiatif membina blog ini untuk berkongsi dengan semua orang kaedah rawatan yang kami sediakan. Mudah-mudahan dengan terbinanya blog ini dapat memberi gambaran kepada pesakit tentang kaedah yang kami sediakan.
Kami juga memohon teguran dan nasihat yang membina dari pelawat-pelawat yang sudi berkunjung ke blog ini agar dengan teguran dan nasihat yang diberikan dapat kami gunakan untuk membaiki kelemahan diri kami. kami juga mendoakan semoga Allah SWT mencucuri kerahmatan dan keredhaan kami melalui blog ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment