Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Hanafi yang telah kembali ke Rahmatullah di Mekah Al Mukarramah pada sehari sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013..menurut sumber Allahyarham ke Mekah untuk menunaikan umrah dan semasa hari hendak pulang tiba-tiba Allahyarham terjatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri.
Allahyarham yang saya kenal dan sentiasa di sebut oleh ustaz Abdul Manaf merupakan seorang yang rajin berpuasa. Ustaz Abdul manaf sering memuji beliau katanya Allahyarham sejak mula berguru sehingga sekarang tidak pernah tinggal puasa isnin dan khamis dan tidak meninggalkan puasa Rejab, Sya'ban apatah lagi Ramadhan. Seingat saya, semasa bersama membuat trip rawatan ke Kuala Lumpur sebelum ini, Allahyarham sentiasa membaca Al-Quran pada waktu pagi dan ketika hendak tidur. Saya juga amat mengagumi Allahyarham kerana beliaulah antara anak murid yang sanggup mencari herba dan akar kayu diserata tempat dan bukit untuk dijadikan ubat. Antara ubat yang Allahyarham hasilkan ialah Herba Air Saraf, Herba Penawar Ketagihan Dadah dan Herba Air Jantung & Kolestrol. Masih segar diingatan saya apabila saya bertanya bagaimana beliau boleh dan sanggup untuk mencari herba dan akar kayu untuk membuat air saraf dengan usia seperti itu kerana semua akar itu amat sukar untuk diperolehi, beliau sambil senyum menjawab " tak apalah, usaha setakat yang mampu demi hendak menolong orang yang sakit"..Allahyarham juga seorang yang peramah, lemah lembut dalam percakapan dan tidak pernah lokek ilmu..apa sahaja penemuan baharu yang diperolehi beliau tidak sembunyikan...Alhamdulillah dengan herba yang dihasilkan oleh beliau dan ilmu yang dikongsikan telah berjaya membantu memulihkan ramai pesakit.. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama Orang mukmin, para solihin dan mereka yang beramal soleh..dan semoga ilmu dan herba yang ditinggalkan oleh beliau menjadi bekalan yang tidak putus untuk Allahyarham..Amin..
Rawatan yang memusakan
ReplyDelete