TESTIMONI YANG DI PAPARKAN DIDALAM RUANGAN INI ADALAH CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH PESAKIT DAN USTAZ MANAF YANG DIINGATI OLEH ADMIN INSYAALLAH ADMIN AKAN CUBA SENTIASA MENGEMASKINI SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA USTAZ MANAF DAN TESTIMONI.
ANTARA PESAKIT-PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT OLEH USTAZ MANAF
ANTARA PESAKIT-PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT OLEH USTAZ MANAF
SANTAU
( 1 )
( 1 )
Seorang pesakit dari Selangor datang ke rumah Ustaz Manaf pada tengah malam untuk membuat rawatan sihir, pesakit ini telah sakit 2 tahun. Ustaz Manaf adalah ikhtiar mereka yang terakhir bagi keluarga pesakit setelah 2 hari datang ke Kelantan untuk berikhtiar mengubati anak meraka. Pada asalnya Ustaz menolak kerana kebiasaannya selepas jam 12 malam kekuatan makhluk halus ini akan bertambah 2x ganda..namun ibu bapa pesakit merayu untuk dirawat kerana mereka terpaksa balik ke Selangor pada malam itu juga kerana ada urusan yang perlu mereka selesaikan keesokan hari.setelah membuat solat hajat dan persiapan Ustaz memulakan proses. setelah scan dibuat dan berdialog didapati ia terkena santau yang dibuat oleh orang asli di Pahang yang dikenali sebagai CANUAI ASLI. banyak kejadian aneh yang berlaku semasa proses rawatan itu dibuat seperti kepala mengelembung seperti belon kerana Jin yang ada pada tubuh pesakit itu hendak keluar melalui kepala pesakit dengan niat hendak mematikan pesakit. Alhamdulillah setelah proses menarik semua gangguan keluar pesakit telah sedar dan buat pertama kali dalam 2 tahun ia memanggil ibu bapanya dan bertanya dia sekarang berada dimana. Ibu bapanya dalam tangisan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz manaf. Alhamdulillah pesakit itu telah sembuh sepenuhnya.
GANGGUAN MAKHLUK HALUS ( JIN )
( 1 )
( 1 )
Pelik tapi benar itu yang terjadi pada 1 keluarga apabila 2 orang anaknya lelaki dan permpuan tetiba dapat melihat makhluk halus atau jin yang datang membakar barang-barang dalam rumahnya sehingga rumah meraka idak mempunyai perabot kerana sering dibakar oleh makhluk tersebut. Menurut ayah kepada 2 orang anak yang sakit ini Ustaz Manaf merupakan orang ke 131 yang mereka ikhtiar untuk menghilang gangguan tersebut. Semasa proses membuang gangguan di buat didapati kedua-dua anak yang sakit ini pernah menerima makanan iaitu gula-gula daripada seorang perempuan tua dan setelah memakan gula-gula tersebut kedua-dua meraka dapat melihat makhluk yang menganggu rumah mereka itu. Alahmdulillah setelah rawatan dibuat kedua-dua anak ini sembuh sepenuhnya dan rumah mereka tidak lagi diganggu denga kejadian kebakaran kecil.
MASALAH RUMAHTANGGA
( 1 )
( 1 )
Seorang isteri juga seorang guru datang kerumah Ustaz Manaf untuk menyelesaikan masalah keluarganya. Dia memberitahu bahawa suaminya sudah berubah sering memukulnya dan anak-anaknya dan menjual segala barang-barang dalam rumah membuatkan kehidupannya kucar kacir. Ustaz Manaf memberi panduan solat hajat dan mengajar doa-doa dan ayat-ayat berkaitan untuk diamalkan oleh guru tersebut. Alhamdulillah, berkat dari doa yang diberi, suami yang pulang kerumah hendak memukul isteri dan anak-anaknya tiba-tiba menjadi mengeletar dan terus sujud memohon ampun dan maaf kepada isteri dan anak-anaknya, beliau menjadi sedar dan insaf atas kesalahannya itu. Pada malam itu, si suami telah bermimpi berjumpa dengan seseorang dan pada pagi itu beliau bertanya pada isterinya tentang gambaran orang yang dia jumpa dalam mimpi tersebut, lalu isteri menceritakan bahawa orang yang dia jumpa dalam mimpi itu adalah ustaz Manaf. Lalu suami itu pergi kerumah Ustaz Manaf mengucapkan terima kasih dan menceritakan bahawa sebenarnya dia berubah kerana bermain judi di Thailand dan apabila kalah dia tertekan dan anak bini menjadi mangsa. Ustaz Manaf memberi nasihat kepada suami dan isteri tersebut, alhamdulillah keluarga mereka kembali bahagia.
MASALAH HISTERIA
( 1 )
Sebuah sekolah di Machang telah diserang gangguan histeria, hampir keseluruhan pelajar asrama dan guru sekolah itu diserang histeria. Us. Manaf telah dihubungi lebih kurang jam 12 malam. Alhamdulillah setelah dijalankan rawatan semua pelajar dan guru yang diserang histeria sembuh.
( 2 )
Sebuah sekolah di Tanah Merah telah diserang gangguan histeria, boleh dikatakan semua pelajar dan guru asrama sekolah itu telah histeria termasuk pengetuanya. Kebetulan pada masa Us Manaf dihubungi beliau bersama anak-anak muridnya sedang menjalani kelas rawatan. Beliau bersama anak murid kesekolah dan merawat pelajar dan guru yang terkena histeria. Setelah memagar kawasan sekolah yang diserang histeria itu dengan garam yang telah diIsi dengan bacaan doa dan ayat-ayat tertentu banyak tempat yang ada kesan tempat jin yang menduduki kawasan itu terbakar. Alhamdulilah sehingga kini sekolah tersebut tidak lagi di ganggu.
(3 )
Pelajar Salah sebuah Universiti telah mengadakan perkelahan di Lata Tembakah Terengganu, semasa berkelah disana semua pelajar tersebut diserang histeria. Ramai perubat yang dipanggil kesana untuk merawat tetapi tidak berjaya, atas nasihat salah seorang penduduk disana yang pernah datang membuat rawatan di rumah Us Manaf supaya membawa mereka ke rumah Us Manaf dan pemandu bas bersetuju membawa mereka ke rumah Us Manaf. Alhamdulillah setelah tiba sahaja dirumah Us Manaf seoreng demi seorang pulih daripada histeria.

No comments:
Post a Comment