Saturday, 14 April 2012

KAEDAH RAWATAN SARAF

Rawatan saraf yang kami sediakan ialah semua jenis penyakit saraf samada melibatkan saraf terhimpit, tenggelam, tertindih dan saraf lemah atau saraf yang menyebabkan pesakit menjadi lumpuh.
Kaedah rawatan saraf yang digunakan oleh perawat Rawatan Tawakkal ialah :
      
MENGENAL PASTI JENIS PENYAKIT
Untuk mengenal pasti jenis penyakit saraf yang dialami oleh pesakit, perawat akan bertanyakan keadaan pesakit. Jika pesakit telah membuat rawatan dengan Doktor maka perawat akan mengambil maklumat dari pesakit. Maklumat dari pesakit adalah penting kerana tidak semua penyakit saraf boleh diubati dan dirawat dengan kaedah cungkil @ cokeh. Selain itu juga perawat akan mengenalpasti melalui jari kaki dimana perawat akan menekan saraf pada jari kaki pesakit. Selain itu juga perawat akan meminta pesakit menggerakkan anggota badan yang sakit.

Setelah mengenal pasti jenis penyakit yang dialami ileh pesakit perawat akan menggunakan kaedah cungkil @ congkeh saraf. 

KAEDAH CUNGKIL @ COKEH
Kaedah cungkil @ Cokeh saraf adalah satu kaedah yang mana kami tidak menggunakan sebarang minyak. Kami hanya mencungkil @ mencongkeh saraf-saraf utama yang menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Pesakit juga tidak perlu membuka pakaian selama proses cungkil @ cokeh ini dijalankan. Perawat hanya menggunakan siku bagi mencungkil @ cokeh saraf yang kasar / besar dan menggunakan jari bagi saraf-saraf kecil bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit yang dialami. Proses ini dijalankan dalam keadaan mengiring, melentang, meniarap dan duduk. 

TERAPI
Kadang-kadang untuk membetulkan saraf yang terhimpit dan tenggelam perawat menggunakan kaedah terapi @ fisioterapi iaitu dengan melipatkan bahagian pinggan dan peha. Tidak semua penyakit memerlukan kaedah ini. Bagi pesakit yang kronik kebiasaanya kami akan mengajar saudara mara terdekat kaedah rawatan yang perlu dibuat dirumah pesakit, kaedah itu ialah senaman dan cara terapi. 

RAWATAN SUSULAN.
Setelah selesai proses rawatan perawat akan menanyakan kepada pesakit tentang keadaan pesakit adakah ada perubahan atau tidak. Jika saraf yang dirawat itu telah pulih atau kembali pada normal ianya tidak memerlukan rawatan susulan tetapi jika ianya belum pulih sepenuhnya ianya memerlukan rawatan susulan ia bergantung pada kedaan pesakit. 

UBAT-UBATAN
Kebiasaanya kami akan membekalkan pesakit dengan ubat-ubatan herba yang berkaitan dengan saraf ini. Disamping itu juga kami akan memberitahu pantang larang pemakanan yang perlu di turuti oleh pesakit.

PERHATIAN : UNTUK RAWATAN SARAF INI DI NASIHATKAN PESAKIT DATANG MEMAKAI SELUAR YANG TIDAK TEBAL DAN KASAR SEPERTI JEANS DAN SEBAGAINYA. INI ADALAH KERANA IANYA MENYUKARKAN PIHAK KAMI UNTUK MENJALANKAN PROSES RAWATAN.

35 comments:

  1. assalamualaikum,
    sy fardya..sy nk tnya..mcmna rawatan untuk pesakit saraf yg sebelum ni pernah membuat operation mematikan saraf yg sakit itu.. ayah sy sbelum nie pernah mmbuat rawatan tu di hospital dan doktor pakar mcadangkn rawatan tersebut bg mghilangkan rasa sakit tu..tpi xlama selepas sebulan cmtu sakit tu dtg balik dan lagi sakit dri yg sbelum nie... skrg ayah sy mengalami kesukaran utk berjalan sbb terlalu sakit.. boleh x ustaz bagi pandangan ape yg perlu ayah sy lakukan spya dpt mearawat sakit saraf dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam fardya..saya mohon maaf sebab lewat memberi respon pada soalan..Alhamdulillah kami telah berjaya merawat ramai pesakit yang telah membuat operation mematikan saraf bahkan ada yang sudah dilaser..insyaAllah selagi saraf itu masih berfungsi, masih ada cara untuk dirawat dan dipulihkan, jika berminat untuk mebuat rawatan..biasanya kami akan membuat diagnosis terlebih dahulu..jika ianya boleh terus dirawat maka kami akan rawat jika tidak boleh kami akan memberi ubat dan akan dibuat rawatan sususaln dalam tempoh yang diberikan.

      Delete
    2. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

      Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

      Delete
  2. Assalamulaikum ustz....sya nak tnya...mcm mana pula rwtan bhgian muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam..saya mohon maaf en johan sebab lewat memberi respon pada soalan..insyaAllah kami juga membuat rawatan saraf pada bahagian muka..kaedah muka ialah dimana pesakit baring dan perawat akan berada dikepala psakit dan secara perlahan menarik keaatas kepala dengan menggunakan jari jemari..

      Delete
  3. assalamualaikum..
    sy nak tanya, kawan saya pernah kemalangan dlm 3 thn lepas dan pernah lumpuh separuh badan..sekarang dia boleh berjalan tapi tangan dia masih tak boleh menulis..boleh ke saya cuba rawatan ini?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya menghidapi sakit bells palsy sudah tiga tahun lebih. Sesuaikah rawatan ini untuk saya? Dan apakah mahal kosnya? Kerana saya bukan orang berada. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...ayah saya menghidap saraf tersepit dan rujuk di hospital doktor syorkan bedah dan masukkan besi di bahagian lehernya...ayah saya sekarang dah tidak boleh menggerakkan tangan dan kakinya dan seperti lumpuh. sudah hampir 4 bulan ayah sy terlantar...adakah kaedah rawatan ini boleh menyembuhkan ayah sy...ayah sy sudah pn berumur 70thn dan memang tidak mau mnjlnkn pembedahan..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum....sya mghadapi masalah bahagian bawah mata sya kerap brkenyit tanpa kawal yg mana urat saraf bhagian ini juga mnyebabkab bhagian pipi kanan serta bibir sya turut sama brgerak. Adakah ia brkaitan saraf atau ada masalah lain.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. saya ada anak usia 4 tahun lebih.. lemah sebelah badan akibat operation kepala buang darah beku semasa umur 1 thn lbh.. sekarang masih tidak boleh berjalan percakapan pn macam bby semula.. apakah kaedah rawatannya?..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....saya selalu sakit bahagian belikat dan belakang.... pernah pergi berurut tapi masih sama jugak....apakah kaedah rawatan perlu saya buat..

    ReplyDelete
  9. Isteri Saya eksiden menybabkan tangannya Dari pergelangan tangan tidal boleh diangkat.boleh me diubati

    ReplyDelete
  10. salam...baru2 ni sy kena penyakit kayap pada muka sebelah kanan. penyakit kayap secara luaran dh sembuh, tp internally saraf still sakit.. sakit yg sangat mencucuk2... boleh gune rawatan ni ke? saya risau sbb berhampiran dengan mata.

    ReplyDelete
  11. salam...
    nak tnya, anak sy dh nk msuk umur 2thn ttpi x boleh brjln lgi..dktr ckp kmgknan ada mslh saraf mnyebabkn dia lmbt brjln..pergerakan dia pn lmbt..dan bebola mata anak bergerak2..adakah anak sy blh dirawat dgn rawatn saraf ni? trma ksih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.saya berusia 27 tahun dan doktor sahkan saya mengalami parkinson.tangan dan kaki ketar serta tidak dapat seimbangkan badan.jalan perlu dipimpin dan lemah daya ingatan.saya kena sejak lahirkan anak dan koma hampir sebulan.bolehkah rawatan ini sembuhkan saya? Saya seorang guru dan doktor offer pencen kerana tiada ubat yg dapat merawat.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..saya sudah menjalani operation tulang belakang dan tidak dapat berjalan selama 2tahun.tulang belakang L3 saya cedera akibat kemalangan.bole ke saya berubat dengan encik?

    ReplyDelete
  14. salam...boleh saya tahu rawatan ini beroperasi dimana ya?ada alamat x?...mak saya mempunyai masalh sakit saraf dibahagian kaki..hampir separuh kakinya sakit yang teramat sangat setiap malam ...keadaan ini menyebabkan mak saya mendapatkan pelbagai rawatan tetapi hasilnya mendukacitakan..kami hbs ikhtiar dah...mohon jasa baik pihak admin apat memberi maklumat untuk kami kesana bagi mendaptkan rawatan.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Sya accident dan tngan kanan sya patah dan tidak bergerak tiada rasa mcm mna nk rawatnya?

    ReplyDelete
  16. Salam.. adik saya terlibat kemalangan dan saraf mata no 3 telah rosak mengakibatkan bola matanya tidak boleh bergerak. Adakah iabya boleh dirawat. Mohon pandangan kerana Dr mencadangkan operation

    ReplyDelete
  17. Minta no telefon utk sy berhubung secara langsung.. atau huhungi saya 0133001691

    ReplyDelete
  18. Ustaz Bolehkah Saya Tahu Alamat Ustaz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dk kt mna??? sbb kita ada cawangan kelantan, pahang, kuala lumpur

      Delete
  19. Saya pernah terjatuh dn terhentak punggung dn mengalami kesakitan yg teramat waktu itu...rasanya dh hampir 3 thn...masaalahnya skg saya merasa kebas dr kaki skg dh naik ke blkg bdn dn rasa mcm makin teruk..,bolehkah saya tau di mna tmpt anda buat rawatan

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, baru ni saya accident dan muka saya terhentak atas jalanraya, tulang pipi saya patah dan terasa kebas sampai skrg di bhgian hidung dan sekitar bibir, bolehkah rasa kebas saya boleh hilang? Boleh saya tau rawatan di kawasan sepang ada tak?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, baru ni saya accident dan muka saya terhentak atas jalanraya, tulang pipi saya patah dan terasa kebas sampai skrg di bhgian hidung dan sekitar bibir, bolehkah rasa kebas saya boleh hilang? Boleh saya tau rawatan di kawasan sepang ada tak?

    ReplyDelete
  22. Boleh saya tahu rawatan dimana sbb sy tinggal johor. Saya nk merawat saraf mata mata sy.

    ReplyDelete
  23. Tmpt berubat dkt mane ea en dan bpe byrannya ea

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum wrwb Tuan..saya orang singapore.boleh saya tahu alamat tuan.Terima kaseh

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum...ank saya saraf mata rosak akibat kesan dari ubat tibi...ada peluang untuk pulih?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..kat kelantan di mana ye..

    ReplyDelete