InsyaAllah
kami bersedia merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus
seperti Sihir, Saka, Santau, Buatan Orang, Ngambang ( jodoh tidak menjadi ),
Susuk dan apa-apa jenis gangguan yang melibatkan makhluk halus. Kaedah yang
kami gunakan ialah :
1.
Scan
Cara Scan dijalankan |
- Getaran Arus Elektrik
- Gatal
- Panas
Setelah scan
dibuat perawat akan bertanyakan kepada pesakit jika ianya memerlukan kesahihan
sesuatu perkara kerana kadang-kadang perawat mendapat melihat dan merasakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan pesakit. Setelah kepastian dibuat oleh
perawat maka perawat akan melakukan kaedah kedua.
2.
Pengisian Pada Bahan
Kaedah pengisian
pada bahan ialah dimana perawat membaca ayat Al Quran dan doa-doa berkaitan
pada bahan yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut ialah
Cara pengisian Pada Bahan |
- Garam Kasar @ Garam Buku ( 1 pek biasa )
- 7 Biji Limau Nipis
- 7 Biji Limau Purut
- 7 Helai Daun Sireh
- 1 Genggam Daun Bidara ( Daun Yang Biasa Orang Buat Mandi Mayat )
Bahan-bahan
tambahan bagi pesakit santau dan susuk
- Kacang Hijau
- Halia Putih ( Halia Biasa )
- Halia Merah ( Halia Bara )
- Bawang Putih
- Bawang Merah
( Bahan-bahan ini
diperlukan untuk makan dalam kadar 1 minggu )
( Bahan-bahan
tersebut adalah jumlah untuk bagi setiap seorang pesakit, jika pesakit yang
datang itu ramai hendaklah membawa bahan-bahan dengan secukupnya. Bahan-bahan
tersebut dibawa oleh pesakit, kami tidak menyediakan bahan-bahan tersebut )
Bahan-bahan tersebut kami gunakan bagi rawatan kepada pesakit yang teruk dan yang sudah lama menghidapinya, bagi kes-kes yang biasa seperti histeria, kerasukan atau bayi yang tersampuk ianya tidak memerlukan bahan-bahan diatas, kami hanya memerlukan garam kasar sahaja.
3.
Proses Mengeluarkan Gangguan
Sebelum proses
mengeluarkan gangguan ini bermula pesakit akan diberikan air yang dicampurkan
dengan garam yang telah diisi dengan ayat-ayat pada proses pertama.
Kaedah mengeluarkan gangguan yang terdapat pada tubuh pesakit ialah melalui beberapa cara iaitu :
MENGAUP
DARI MUKA :iaitu perawat meletakkan tangan pada
muka pesakit dan membaca ayat-ayat berkaitan dengannya dan menarik keluar
gangguan dengan mengaup dari muka sampai ke dagu.
Kaedah menarik melalui telinga |
MELALUI 2
TANGAN : Cara ini dijalankan dimana perawat
akan menarik keluar gangguan melalui pangkal bahu sehingga hujung jari pesakit.
Cara ini dilakukan pada kedua-dua tangan pesakit.
Kaedah menarik melalui tangan |
( Setiap proses yang dilakukan akan berulang-ulang mengikut tahap pesakit, contohnya ada pesakit hanya memerlukan proses muka sahaja dan ada yang sehingga kesemua proses, kebiasaan bagi pesakit yang teruk akan memerlukan kesemua proses tesebut..pesakit juga dapat merasakan tahap gangguan itu semakin hilang semasa proses tersebut dijalankan, contohnya ketika melalui proses telinga kebiasaanya pesakit akan merasa panas atau bunyi desingan yang kuat..setelah proses itu di buat kali kedua pesakit akan merasakan desingan atau rasa panas itu hilang atau berkurangan..perawat akan melakukan proses tersebut sehinggan pesakit betul-betul tidak merasakan apa yang pesakit rasa pada proses rawatan itu berjalan.
4.
Membakar Makhluk Halus
Proses membakar
makhluk halus dijalankan oleh perawat jika gangguan atau makhluk halus atau jin
pada tubuh pesakit degil dan tidak mahu keluar. Cara membakar gangguan ialah
dimana perawat meletakkan tangan pada belakang pesakit dan membaca ayat-ayat
yang berkaitannya.
5.
Scan Kali Kedua
Setelah proses
membuang atau menarik keluar gangguan selesai perawat akan membuat scan kali
kedua untuk memastikan gangguan itu masih ada atau tidak..pada proses ini
pesakit juga dapat merasakan samada apa yang pesakit rasakan sebelum ini masih
ada atau tidak. Jika perawat merasakan masih terdapat gangguan perawat akan
mengulangi proses ke3 mengikut kesesuaian dan tahap pesakit.
6.
Memulihkan Saraf Pada Pesakit
Kaedah memulihkan saraf |
7.
Panduan Memandikan Pesakit.
Setelah semuanya
selesai perawat akan memberikan panduan untuk memandikan pesakit. Pesakit akan
mandi dengan bahan-bahan yang diisi pada proses pertama tadi. Proses mandi
dilakukan oleh pesakit dirumah masing-masing.
Wallahua'lam
Ada no telefon
ReplyDeleteAda no telefon
ReplyDelete