KAEDAH
RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG
KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.
Kaedah pertama ( sentuhan pada kaki dan pergelangan tangan ):
Perawat akan melihat tahap pesakit melalui sentuhan kaki dan
tangan dimana perawat akan menyentuh kaki dan tangan pesakit. Ini kerana
kebiasaan orang yang mengalami penyakit ini akan mengalami keadaan kaki dan
tangan yang sejuk dan berpeluh. Pada kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap
penyakit pada pesakit melalui tahap kesejukan dan laras kesejukan.
Tahap kesejukan bermaksud tahap kesejukan pada kaki dan tangan
pesakit, ini kerana setiap pesakit mempunyai tahap kesejukan yang berbeza. Ada
yang sejuk sedikit dan ada yang sejuk seperti selepas memegang ais.
Laras kesejukan bermaksud tahap sejuk pada kaki kerana ada yang
sejuk separuh pergelangan kaki dan ada yang sejuk satu pergelangan kaki dan ada
yang lebih daripada satu pergelangan kaki. Kaedah sentuhan ini penting kerana
melalui kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap pesakit dan cara kaedah yang
terbaik untuk merawat.
Kaedah kedua ( picitan pada saraf jari kaki ):
perawat akan mengenalpasti tahap melalui sentuhan dan picitan pada
saraf yang terletak pada jari kaki. Ketika perawat melakukan kaedah ini,
pesakit sendiri boleh merasai tahap penyakit yang dialami kerana apabila
perawat menekan pada saraf yang tertentu pesakit akan mengalami kesakitan pada
jari tersebut dan kesakitan itu bergantung pada tahap yang dialami pesakit,
jika sakit yang dialami itu kuat ini bermakna tahap penyakit yang dialami oleh
pesakit adalah kuat.
Kaedah ketiga ( Cungkil atau cokeh ) :
Kaedah Cungkil @ cokeh ini sama seperti yang diterangkan pada
kaedah merawat penyakit saraf dan pinggang. Kenapa kami menggunakan kaedah
ini?..kami menggunakan kaedah yang sama kerana pada kami penyakit angin ini
juga melibatkan saraf utama iaitu saraf tunjang, berbeza dengan kaedah tukang
urut yang lain kerana kebiasaan tukang urut akan menyentuh dan mengurut pada
bahagian perut. Kami tidak menyentuh bahagian perut kerana pada kami, di perut
tidak mempunyai saraf bahkan hanya mempunyai usus perut dan amat merbahaya jika
menyentuh dan mengurut pada bahagian ini kerana mungkin menyebabkan usus perut
rosak dan memecahkan urid asid pada bahagian perut. Pada kami, kami mencungkil
saraf tunjang kerana saraf itu telah membengkak dan turun dan dihimpit oleh
tulang belakang. Ini menyebabkan system saraf itu terganggu dan juga
menyebabkan oksigen tidak sampai ke kepala.
( Cungkil @ cokeh pada saraf tunjang )..
Perawat akan mencungkil keseluruhan saraf tunjang bermula pada
titik utama saraf pada belakang dan dari hujung sulbi dan kebahu. kaedah
cungkil ini akan membuatkan kedudukan saraf tunjang kembali pada asal. Kadang-kadang
Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sudah merasa perubahan pada diri
pesakit. Jika pesakit sebelum ini sukar sendawa pesakit akan sendawa dengan
selesa dan puas. Jika sebelum peskit rasa kepalanya berat dan stress pesakit
akan merasa lega dan lapang dan berbagai-bagai lagi. Kaedah ini dijalankan
dengan cara pesakit baring mengereng dan meniarap. Pesakit juga tidak perlu
membuka baju dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan alas dan selimut bagi melindungi
badan pesakit dan bagi mengelak bersentuhan tempat-tempat sulit dan mengelak
dari berlaku fitnah.
( Cungkil @ cokeh pada saraf perut )..
Bagi membetulkan kedudukan saraf perut, perawat akan mencungkil
pada saraf perut yang terletak pada betis, paha dan tapak kaki pesakit. Untuk
mencungkil saraf ini, pesakit perlu baring terlentang dan perawat akan mencungkil
pada betis dan paha. Harus diberi perhatian..cungkil pada bahagian paha hanya
dibuat kepada pesakit lelaki sahaja jika pesakit itu perempuan hanya dicungkil
di betis sahaja.. Cungkil pada paha juga dibuat jika keadaan pesakit itu teruk.
Jika tahap penyakit itu biasa perawat tidak menyentuh pada bahagian ini. Cungkil pada tapak kaki dibuat dalam keadaan
pesakit meniarap.
( Cungkil @ cokeh pada saraf kepada di bahu )..
Akhir sekali perawat akan mencungkil saraf kepala yang terletak
pada bahu pesakit..kaedah ini dibuat dalam 2 cara samada keadaan psakit
meniarap atau duduk bersila..ini bergantung pada kehendak perawat dan tahap
pesakit.
Setelah kaedah cungkil ini selesai perawat akan meminta pesakit
menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus..ini adalah untuk mengetahui
samada adakah masih ada saraf yang tidak betul semasa proses yang dijalankan
tadi..jika pesakit merasakan masih ada yang tidak selesa perawat akan
mengulangi kaedah tadi mengikut keadaan..setelah kaedah ini selesai dijalankan kebiasaan pesakit akan merasa
perubahan yang ketara mengikut keadaan pesakit. Harus diberi perhatian..kedudukan saraf yang telah dibetulkan itu kemungkinan besar akan kembali masuk dan tidak stabil selagi saraf itu tidak mengecut seperti asal. Oleh itu, kebiasaan perawat akan mengajar kaedah cungkil pada ahli keluarga yang hadir bagi membantu kestabilan saraf pesakit. kadang-kadang perawat akan mengajar senaman saraf yang juga salah satu cara untuk menstabilkan kedudukan saraf pesakit.
Setelah semua selesai, perawat akan membekalkan ubat yang berkaitan
dengan penyakit ini, setiap pesakit akan dibekalkan ubat mengikut tahap dan
keadaan pesakit. Disamping itu juga pesakit akan diberi nasihat berkaitan
dengan pantang larang pemakanan.