Tuesday 8 October 2013

PERKONGSIAN ILMU


TIDAK SEMUA PENYAKIT MISTERI , PELIK DAN TIDAK DAPAT DIRAWAT OLEH HOSPITAL  BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN.

Dalam masyarakat hari ini, Kita sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan jika seseorang itu mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan hospital pastinya ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang sering dilabelkan berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan lain-lain ialah stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit berkaitan dengan saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan mana-mana anggota tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk, gatal yang sudah lama diubati tetapi tidak pulih. 
Di antara penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah yang paling dipandang serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita biasa mendengar simptom stress adalah melibatkan :-
  1. Simptom Fizikal seseorang seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, pengsan, berpeluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh pada badan yang berlebihan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering fikir tentang kematian  mendengar bisikan dan halusinasi iaitu melihat objek pelik, roh, hantu dan sebagainya. 
  2. Simptom  Mental yang mana pesakit akan menjadi  kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik. 
  3.  Simptom tingkahlaku yang mana sikap seseorang itu berubah seperti contoh perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar tapi makan sedikit dah kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak kenyang. melakukan sesuatu perkara yang pelik dan  bertentangan norma masyarakat bercakap seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa , bercakap seorang diri, kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur dalam mulut. 
  4.  Simptom emosi iaitu pesakit menjadi  kemurungan, hilang sifat sabar, cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri.
Kami tidak menafikan bahawa ada pesakit yang mempunyai simptom seperti diatas mereka mempunyai masalah gangguan makhluk halus samada sihir, santau atau sebagainya, tapi apa yang kami cuba kongsikan disini ialah terdapat juga pesakit yang mempunyai symptom seperti diatas tetapi tidak sama sekali ada kaitan dengan gangguan bahkan ianya disebabkan masalah fizikal pada tubuh pesakit itu sendiri. Disini kami ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada pada kami berkaitan dengan pesakit yang mempunyai symptom seperti yang dinyatakan tetapi tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus. 

Mengikut pengalaman dan ilmu yang kami pelajari, pesakit yang mempunyai simptom tersebut terjadi disebabkan masalah angin dan saraf pada tubuh pesakit. Seperti gambarajah sebelah saraf tunjang tunjang pada tubuh manusia memainkan peranan penting untuk mengawal tubuh manusia iaitu membawa oksigen ke kepala dan ia berkaitan dengan jantung, paru-paru, ginjal usus dan lain-lain. Oleh itu, simptom yang berlaku itu terjadi kerana saraf tunjang pada pesakit telah bengkak serta terhimpit dan mengakibatkan perjalannan oksigen tidak sampai ke otak seperti normal. Melalui pengalaman rawatan yang diberikan, kami mendapati jika himpitan saraf itu berlaku dalam lingkungan 30% pesakit akan mengalami simptom seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, sakit kepala seperti migrain,  berpeluh pada tapak tangan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar. Jika himpitan itu bertambah kuat sehingga 50% symptom yang sama akan berlaku tetapi dengan kadar yang lebih kuat seperti jika sebelum ini sukar hendak tidur pesakit akan menjadi langsung tidak tidur, hilang selera makan, sakit kepala makin kerap dan lain-lain. Bahkan dalam keadaan ini emosi pesakit menjadi lebih teruk, pesakit cepat marah, mudah mengamuk, hilang kesimbangan badan, mudah pengsan hilang fokus, mudah lupa, perasaan takut menjadi-jadi jika melihat orang ramai dan lain-lain lagi. Manakala jika himpitan pada saraf tunjang menjadi 80% pesakit akan mengalami simptom seakan-akan orang yang terkena gangguan. Kebiasaan pesakit akan mengalami halusinasi dimana mendapat bisikan supaya bunuh diri, mati, terjun pada tempat tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pesakit juga akan mendakwa nampak lembaga pelik seperti roh, hantu dan sebagainya. Selain itu juga pesakit suka bersendirian, kadang menangis, kadang-kadang ketawa, bercakap bersendirian, menggigit kuku, menyimpan air liur dalam mulut dan lain-lain lagi. Kami sengaja menggunakan ayat  “lain-lain lagi”  kerana pada kami penyakit saraf terhimpit dan angin ini boleh membawa 1001 penyakit dan setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza-beza. 
Kaitan antara saraf terhimpit dengan angin ialah dimana saraf terhimpit akan menyebabkan perjalanan angin didalam badan terganggu dan tidak stabil, ini juga menjadi punca kepada simptom tersebut. Bukan itu sahaja, perjalanan angin dalam badan terganggu dan tidak berjalan seperti sediakala akan menyebabkan pesakit sering sendawa, sakit pada hulu hati, terasa angin berada di tekak tetapi tidak sedawa dan jika sendawa ia merasa masam, rasa menyucuk pada bahagian jantung yang mana kesakitan seperti diserang penyakit jantung, kembung perut, senak perut, sembelit dan lain-lain lagi. Hal ini sering dikaitkan oleh masyarakat kita dengan menamakan masalah tersebut ialah , sakit angin medu, uluran, angin tuju, angin lebih dalam badan dan sebagainya, sehingga ada juga masyarakat dan perawat yang mendakwa pesakit yang mempunyai gejala tersebut terkena santau angin, buatan orang dan lain-lain gangguan. Masyarakat sering melabelkan dengan sedemikian kerana penyakit tersebut tidak hilang walaupun sudah berulang kali berjumpa dengan  doktor termasuk doktor pakar. Apa yang saya tahu Kebiasaan doktor akan mengaitkan gejala tersebut dengan gastrik bahkan jika simtom yang berlaku terlalu serius seperti kemurungan dan stress doktor akan merujuk kepada Doktor Pakar psikitrik, Wallaua’lam.

Kami berharap apa yang diperkongsikan ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini bukanlah untuk mencari populariti serta mencari kelemahan atau menyatakan keburukan mana-mana pihak, artikel ini adalah untuk perkongsian maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang rawatan yang dipelajari. Kami juga mengharapkan ada perkongsian maklumat daripada semua perawat dan masyarakat termasuk daripada doktor sendiri. Kami akui, kami bukanlah yang terbaik, dan tiada diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu yang dipelajari dan didapati adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami juga berharap suatu hari nanti kita semua samada perawat islam, bukan islam, rawatan alternatif dan rawatan sains dapat duduk semeja dan berbincang dan berkongsi maklumat dalam mencari jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua manusia. Sesungguhnya kita semua bukan penyembuh Allah jua yang memberi kesembuhan dan kita hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu melalui sedikit ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat melalui dan seperti kehendak syariat Allah swt.

           




8 comments:

  1. Salam.sy sakit di bahagian belikat.angin diperut.2-3 ari ni sakit bahagian dada.sy dah g 2 klinik,dr kate angin naik ke ats.bolekah sy dptkan rawatan dr pihak tuan utk kurangkan angin ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,sy ada semua simptom diatas..sampai dah tak tau nak berubat cara mcm mana lagi,bolehkah sy mndapat kidmat nasihat tuan?

    ReplyDelete
  3. sye jugak mngalami mslh d ats tuan.. sudah sebulan lbih tuan.. gastrik mmng ade, susah nk brnafas,sakit blkng kt tulang belikat,bila gas naik.. kpala pening... sye sntiasa brdoa pd Allah.. moga d pulihkn.. sye berdoa stiap mse.. mungkin sye rse ini jodoh sye brtemu blog tuan.. sye nk mnte khidmat nasihat n pengubatan dr pihak tuan

    ReplyDelete
  4. sye jugak mngalami mslh d ats tuan.. sudah sebulan lbih tuan.. gastrik mmng ade, susah nk brnafas,sakit blkng kt tulang belikat,bila gas naik.. kpala pening... sye sntiasa brdoa pd Allah.. moga d pulihkn.. sye berdoa stiap mse.. mungkin sye rse ini jodoh sye brtemu blog tuan.. sye nk mnte khidmat nasihat n pengubatan dr pihak tuan

    ReplyDelete
  5. Sy mengalami masalah di atas lebih setahun.byk perubatan sy bt tp stay mcm itu juga..buntu

    ReplyDelete
  6. Sy mengalami masalah di atas lebih setahun.byk perubatan sy bt tp stay mcm itu juga..buntu

    ReplyDelete
  7. Pakar Urut Saraf.Bangi.
    108649 Jln Aman Sungai Merab Luar
    Kajang. 0176823878

    ReplyDelete
  8. Kak Yah Urut Saraf.
    108649 Jln Aman Sungai Merab Luar
    Kajang. 0172820461

    ReplyDelete