Wednesday 12 June 2013

KAEDAH RAWATAN SLIPPED DISK, TULANG BELAKANG BENGKOK, TERBUKA RUAS, SAKIT PNGGANG, DLL



Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “menggelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.

Penyakit ini berisiko kepada mereka yang gemar melakukan sukan lasak seperti ragbi dan gusti yang banyak menggunakan otot badan. Ia juga boleh berlaku kepada orang yang aktif sukan kemudian berhenti daripada bersukan pada waktu yang lama.

Penyakit tulang belakang ini boleh berlaku kepada mereka yang pernah terjatuh sama ada masa zaman kanak-kanak, remaja mahupun dewasa serta mengambil mudah kesan penyakit ini. Bagi orang yang sering melakukan kerja berat seperti mengangkat benda-benda berat, kekerapan melakukan tugas begini menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung beban tugas tersebut. Begitu juga mereka yang mempunyai masalah berat badan, tulang belakang tidak mampu berat badan mereka dan inilah salah satu punca berlakunya slipped disc.
Untuk merawat pesakit slipped disc, Semua Masalah melibatkan Tulang Belakang Seperti Tulang Belakang  Bengkok, Terbuka Ruas Dan Juga Masalah Melibatkan Pinggang.. kami menggunakan beberapa kaedah iaitu :-

1.     MENDAPAT MAKLUMAT DARI PESAKIT
Perawat akan bertanya kepada pesakit tempat atau bahagaian mana yang sakit, tahap sakit, punca terjadi. Kemudian pesakit di minta untuk baring mengiring untuk melihat kedudukan tulang belakang dan keadaan saraf tunjang. Untuk kaedah ini pesakit tidak perlu membuka pakaian dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan bantal sebagai penghadang antara pesakit dan perawat. Perawat akan menyentuh saraf tunjang dan tulang belakang untuk menilai tahap kesakitan pesakit. yang dialami pesakit. Jika pesakit mengalami kesakitan yang kuat maka perawat akan memberi ubat dan memberitahu cara pemakanan pantang larang serta mengajar senaman yang perlu dilakukan oleh pesakit. Pesakit akan diberi tarikh untuk rawatan susulan.  Jika pesakit didapati boleh untuk dibuat rawatan pada ketika itu maka perawat akan menggunakan kaedah kedua.

2.    CUNGKIL @ CONGKEH SARAF
Kaedah ini adalah sama yang ditunjukkan dan dijelaskan dalam ruangan kaedah rawatan saraf, angin, jantung dan lain-lain. Oleh kerana slipped disk ini juga melibatkan saraf yang terhimpit maka kaedah ini digunakan untuk membetulkan saraf tunjang, saraf pinggang dan saraf perut pesakit. Kaedah cungkil @ cokeh dibuat mengikut kadar dan keadaan pesakit. Kaedah ini dilakukan dalam keadaan mengiring, terlentang dan meniarap.


3.    FISIOTERAPI  ( TERAPI PINGGANG DAN TULANG BELAKANG )
Fisioterapi yang kami gunakan merupakan terapi pinggang iaiu membetulkan saraf pada bahagian pinggul, belakang paha sehingga ke betis. Seterusnya fisioterapi untuk membetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah tersebut. Untuk melakukan kaedah ini pesakit perlu tidur terlentang dan perawat akan memusingkan pinggul untuk membetulkan saraf dan tulang belakang. Dengan kaedah ini jika saraf tersebut dah keluar atau tulang yang bermasalah itu dan kembali normal pesakit akan merasa perubahan , kelegaan dan tidak sakit lagi pada bahagian yang bermasalah itu.

 

 4.    UBAT
Setelah selesai perawat akan memberi ubat, mengajar cara senaman untuk pesakit membuat “Follow Up” dirumah. Selain itu pesakit di jelaskan pantang larang makan minum dan pergerakkan yang tidak boleh dibuat sehingga pesakit benar-benar pulih.

PERHATIAN…tidak semua pesakit slipped disk yang pulih dengan sekali rawatan, ada yang perlu datang beberapa kali baru sembuh. Pesakit perlu membuat rawatan susulan jika ia perlu kepada rawatan susulan. Rawatan susulan akan diberitahu oleh perawat.

30 comments:

  1. Assalammualaikum...sy mpunyai masalah slip disk.bgaimana caranya utk sy mdapatkn rawatan ditmpt tuan.dan brapa kos rawatan yg prlu sy sdiakan... Sy dari klang tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam..saya mohon maaf sebab lewat memberi respon atas soalan..untuk mendapat rawatan boleh rujuk pada halaman hubungi..kos rawatan atas ikhlas pesakit..cuma harga ubat mengikut ubat yang diambil..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.
    Mohon bertanya.
    Ada perawat wanita utk pesakit wanita, tuan?
    Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam Ku Azmiza..buat masa ini kami tidak ada perawat wanita yang betul2 mahir utk semua jenis rawatan..di kelantan sahaja ada perawat wanita cuma untuk rawatan asas sahaja..

      Delete
  4. terima kasih atas infonya...

    ReplyDelete
  5. aslmkm.. saya menghadapi masalah slipdisc yg agak kritikal... cuba msg, whatasap dn wechat dengan ust haziman... masih beum ada jawapan... saya dari muadzam shah, pahang...inginkn rawatan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mohon maaf banyak2 kerana lama tidak update blog ini..saya jg mohon maaf kerana tidak mmbls what app dan we chat..mungkin saya terlepas pandang..harap maaf..

      Delete
  6. assalamualaikum..teman sy ade mgalami maslh sakit tulang belakang "scoliosis" tulang belakang nya bengkok dan tlh mbuat rawatan di hospital, sekarang membuat rawatan fisioterapi setiap minggu. Adakah rawatan atau cara lain yang blh diamalkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kami ada menyediakan rawatan utk membetulkan tulang belakang,,kaedah rawatan yang sama dengan rawatan slipdisk cuma ada beberapa kaedah lain dan senaman perlu di amalkan..

      Delete
  7. assalamualaikum.. saya amat bersyukur jumpa blog ni..saya ke kuantan Jumpe ustaz mohd haziman. dan merawat bapa mertua saya..Alhamdulillah.. dengan rawatan ustaz keadaan bapa mertua semakin pulih..
    sebab saya jauh..ustaz mengajar saya mcm mana nak buat rawatan sendiri di rumah.. dan ia amat berkesan..
    terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustas, nak tanya area utara kat mana. khusus area Pulau Pinang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ini cawangan hanya ada di kuantan pahang sahaja..doakan kami dapat kesana dan membuka cawangan disana..insyaAllah..amin

      Delete
  9. ya sebelah penang suami saya yg sakit saya x dapat bawa dia ke sana sebab jauh untuk saya drive tq

    ReplyDelete
  10. Cmne sy nk contc ustaz..
    xd nom tel diletak utk dhubgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua nombor dan peta ada kami sediakan d link HUBUNGI..klik link insyaAllah semua ada..

      Delete
  11. Assalamualaikum ustaz. Kawan saya ni lps eksiden mybbkn otak die bengkak. Dan kesan tu mnyebabkn tgn Dan kaki die mnjdi bengkok sblah kanan Seakn mnjdi seorg cacat . Bole tak merawat die mnjdi normal kmbali..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz .. saya baru ni telah melahirkan anak lelaki.. tapi ank saya mempunyai msalah tulang belakang terbuka .. bolehkah utk merawat ank sya ..?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...kawan saya mengalami masalah slip disc..dan sering sakit...bagaimana boleh kami mendapat rawatan

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saya mengalami masalah sakit pinggang, macam mana saya boleh dapat merawat nya.

    ReplyDelete
  16. boleh bagi nmbor fon ngn lokasi x encik?sy ada masalah slip disc jgak..

    ReplyDelete
  17. Salam.ubat nya tu agak agak berapa harga ye. Saya dari selangor

    ReplyDelete
  18. Salam,kat mana alamat tempat ni..

    ReplyDelete
  19. Salam nak minta alamat atau no fon bole?

    ReplyDelete
  20. Che Soh Pakar Saraf.
    108649 Jln Aman Sungai Merab Luar Kajang.
    Che Soh .0176823768.
    Kak Yah . 0172820461.

    ReplyDelete
  21. The King Casino Company - Ventureberg
    It was born in 1934. The 바카라사이트 Company offers luxury hotels, https://deccasino.com/review/merit-casino/ If you don't ventureberg.com/ have หาเงินออนไลน์ a poker room in your house, then worrione.com you'll find a poker room in the

    ReplyDelete