Kaedah rawatan saraf yang
digunakan oleh perawat Rawatan Tawakkal ialah :
MENGENAL PASTI JENIS PENYAKIT
Untuk mengenal
pasti jenis penyakit saraf yang dialami oleh pesakit, perawat akan bertanyakan
keadaan pesakit. Jika pesakit telah membuat rawatan dengan Doktor maka perawat
akan mengambil maklumat dari pesakit. Maklumat dari pesakit adalah penting
kerana tidak semua penyakit saraf boleh diubati dan dirawat dengan kaedah
cungkil @ cokeh. Selain itu juga perawat akan mengenalpasti melalui jari kaki
dimana perawat akan menekan saraf pada jari kaki pesakit. Selain itu juga
perawat akan meminta pesakit menggerakkan anggota badan yang sakit.
KAEDAH CUNGKIL @ COKEH
Kaedah cungkil @ Cokeh saraf adalah satu kaedah yang mana kami tidak menggunakan sebarang minyak. Kami hanya mencungkil @ mencongkeh saraf-saraf utama yang menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Pesakit juga tidak perlu membuka pakaian selama proses cungkil @ cokeh ini dijalankan. Perawat hanya menggunakan siku bagi mencungkil @ cokeh saraf yang kasar / besar dan menggunakan jari bagi saraf-saraf kecil bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit yang dialami. Proses ini dijalankan dalam keadaan mengiring, melentang, meniarap dan duduk.
TERAPI
Kadang-kadang
untuk membetulkan saraf yang terhimpit dan tenggelam perawat menggunakan kaedah
terapi @ fisioterapi iaitu dengan melipatkan bahagian pinggan dan peha. Tidak
semua penyakit memerlukan kaedah ini. Bagi pesakit yang kronik kebiasaanya kami
akan mengajar saudara mara terdekat kaedah rawatan yang perlu dibuat dirumah
pesakit, kaedah itu ialah senaman dan cara terapi.
RAWATAN SUSULAN.
RAWATAN SUSULAN.
Setelah selesai
proses rawatan perawat akan menanyakan kepada pesakit tentang keadaan pesakit
adakah ada perubahan atau tidak. Jika saraf yang dirawat itu telah pulih atau
kembali pada normal ianya tidak memerlukan rawatan susulan tetapi jika ianya
belum pulih sepenuhnya ianya memerlukan rawatan susulan ia bergantung pada
kedaan pesakit.
UBAT-UBATAN
UBAT-UBATAN
Kebiasaanya kami
akan membekalkan pesakit dengan ubat-ubatan herba yang berkaitan dengan saraf
ini. Disamping itu juga kami akan memberitahu pantang larang pemakanan yang
perlu di turuti oleh pesakit.
PERHATIAN : UNTUK RAWATAN SARAF INI DI NASIHATKAN PESAKIT DATANG MEMAKAI SELUAR YANG TIDAK TEBAL DAN KASAR SEPERTI JEANS DAN SEBAGAINYA. INI ADALAH KERANA IANYA MENYUKARKAN PIHAK KAMI UNTUK MENJALANKAN PROSES RAWATAN.