Monday 8 October 2012

KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.


KAEDAH RAWATAN BAGI PESAKIT ANGIN, ANGIN PASANG, MEDU @ ULURAN (ISTILAH BAGI ORANG KELANTAN) GASTRIC ( MENGIKUT SAINTIFIK ), STRESS DAN KEMURUNGAN.

Kaedah pertama ( sentuhan pada kaki dan pergelangan tangan ):

Perawat akan melihat tahap pesakit melalui sentuhan kaki dan tangan dimana perawat akan menyentuh kaki dan tangan pesakit. Ini kerana kebiasaan orang yang mengalami penyakit ini akan mengalami keadaan kaki dan tangan yang sejuk dan berpeluh. Pada kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap penyakit pada pesakit melalui tahap kesejukan dan laras kesejukan.
Tahap kesejukan bermaksud tahap kesejukan pada kaki dan tangan pesakit, ini kerana setiap pesakit mempunyai tahap kesejukan yang berbeza. Ada yang sejuk sedikit dan ada yang sejuk seperti selepas memegang ais.
Laras kesejukan bermaksud tahap sejuk pada kaki kerana ada yang sejuk separuh pergelangan kaki dan ada yang sejuk satu pergelangan kaki dan ada yang lebih daripada satu pergelangan kaki. Kaedah sentuhan ini penting kerana melalui kaedah ini perawat dapat mengetahui tahap pesakit dan cara kaedah yang terbaik untuk merawat.

Kaedah kedua ( picitan pada saraf jari kaki ):

perawat akan mengenalpasti tahap melalui sentuhan dan picitan pada saraf yang terletak pada jari kaki. Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sendiri boleh merasai tahap penyakit yang dialami kerana apabila perawat menekan pada saraf yang tertentu pesakit akan mengalami kesakitan pada jari tersebut dan kesakitan itu bergantung pada tahap yang dialami pesakit, jika sakit yang dialami itu kuat ini bermakna tahap penyakit yang dialami oleh pesakit adalah kuat.

Kaedah ketiga ( Cungkil atau cokeh ) :

Kaedah Cungkil @ cokeh ini sama seperti yang diterangkan pada kaedah merawat penyakit saraf dan pinggang. Kenapa kami menggunakan kaedah ini?..kami menggunakan kaedah yang sama kerana pada kami penyakit angin ini juga melibatkan saraf utama iaitu saraf tunjang, berbeza dengan kaedah tukang urut yang lain kerana kebiasaan tukang urut akan menyentuh dan mengurut pada bahagian perut. Kami tidak menyentuh bahagian perut kerana pada kami, di perut tidak mempunyai saraf bahkan hanya mempunyai usus perut dan amat merbahaya jika menyentuh dan mengurut pada bahagian ini kerana mungkin menyebabkan usus perut rosak dan memecahkan urid asid pada bahagian perut. Pada kami, kami mencungkil saraf tunjang kerana saraf itu telah membengkak dan turun dan dihimpit oleh tulang belakang. Ini menyebabkan system saraf itu terganggu dan juga menyebabkan oksigen tidak sampai ke kepala.
( Cungkil @ cokeh pada saraf tunjang )..
Perawat akan mencungkil keseluruhan saraf tunjang bermula pada titik utama saraf pada belakang dan dari hujung sulbi dan kebahu. kaedah cungkil ini akan membuatkan kedudukan saraf tunjang kembali pada asal. Kadang-kadang Ketika perawat melakukan kaedah ini, pesakit sudah merasa perubahan pada diri pesakit. Jika pesakit sebelum ini sukar sendawa pesakit akan sendawa dengan selesa dan puas. Jika sebelum peskit rasa kepalanya berat dan stress pesakit akan merasa lega dan lapang dan berbagai-bagai lagi. Kaedah ini dijalankan dengan cara pesakit baring mengereng dan meniarap. Pesakit juga tidak perlu membuka baju dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan alas dan selimut bagi melindungi badan pesakit dan bagi mengelak bersentuhan tempat-tempat sulit dan mengelak dari berlaku fitnah.

( Cungkil @ cokeh pada saraf perut )..
Bagi membetulkan kedudukan saraf perut, perawat akan mencungkil pada saraf perut yang terletak pada betis, paha dan tapak kaki pesakit. Untuk mencungkil saraf ini, pesakit perlu baring terlentang dan perawat akan mencungkil pada betis dan paha. Harus diberi perhatian..cungkil pada bahagian paha hanya dibuat kepada pesakit lelaki sahaja jika pesakit itu perempuan hanya dicungkil di betis sahaja.. Cungkil pada paha juga dibuat jika keadaan pesakit itu teruk. Jika tahap penyakit itu biasa perawat tidak menyentuh pada bahagian ini.  Cungkil pada tapak kaki dibuat dalam keadaan pesakit meniarap.

( Cungkil @ cokeh pada saraf kepada di bahu )..
Akhir sekali perawat akan mencungkil saraf kepala yang terletak pada bahu pesakit..kaedah ini dibuat dalam 2 cara samada keadaan psakit meniarap atau duduk bersila..ini bergantung pada kehendak perawat dan tahap pesakit.

Setelah kaedah cungkil ini selesai perawat akan meminta pesakit menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus..ini adalah untuk mengetahui samada adakah masih ada saraf yang tidak betul semasa proses yang dijalankan tadi..jika pesakit merasakan masih ada yang tidak selesa perawat akan mengulangi kaedah tadi mengikut keadaan..setelah kaedah ini selesai  dijalankan kebiasaan pesakit akan merasa perubahan yang ketara mengikut keadaan pesakit. Harus diberi perhatian..kedudukan saraf yang telah dibetulkan itu kemungkinan besar akan kembali masuk dan tidak stabil selagi saraf itu tidak mengecut seperti asal. Oleh itu, kebiasaan perawat akan mengajar kaedah cungkil pada ahli keluarga yang hadir bagi membantu kestabilan saraf pesakit. kadang-kadang perawat akan mengajar senaman saraf yang juga salah satu cara untuk menstabilkan kedudukan saraf pesakit.

Setelah semua selesai, perawat akan membekalkan ubat yang berkaitan dengan penyakit ini, setiap pesakit akan dibekalkan ubat mengikut tahap dan keadaan pesakit. Disamping itu juga pesakit akan diberi nasihat berkaitan dengan pantang larang pemakanan.

18 comments:

  1. Saya mengalami simtom yg sama...kaki dan tangan sejuk....saya dari sabah...mcm mana nak cari rawatan tawakal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mohon maaf sbb terlalu lwat mmbls prtnyaan ini..bt ms ini km tidak ada caw d sabah d serawak..boleh datang ke eawatan kami jk berminat.m

      Delete
  2. Boleh bagi ke alamat atau nombor untuk urusan rawatan ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk alamat dan no telefon boleh rujuk pada halaman hubungi..disana juga kami sediakan peta untuk kemudahan pesakit datang.

      Delete
  3. saya berada di kawasan puchong...saya terkena masalah angin pasang boleh bagi alamat kedai yg terdekat dgn kawasan puchong...

    ReplyDelete
  4. salam,,kaki dan tgn sy sntisa sjuk,,dan sy ddpati,,ustaz mnytakn sy trdpat uluran,,sy ingin merawat di rawatan twakkl,,di mnkah tempat trsrbut

    ReplyDelete
  5. saya mengalami masalah sama buah zakar saya semakin membesar dan terasa sakit???

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya ada seorang anak berumur 5 tahun. Anak saya mempunyai masalah sakit di bahagian kerandut zakar. Bila dia rasa sakit, dia akan baring dan menekup zakar dan kakinya akan kejang. Ada masanya sakitnya akan berlarutan selama 20 minit. Sampai berpeluh menahan sakit. (Dalam sehari 2 atau 3 kali terjadi)

    Saya ada membuat pemeriksaan fizikal pada kerandutnya. dan saya dapati apabila dia sakit, telurnya masuk dalam (karandutnya tiada telur). Bila hilang sakit, baru lah telurnya turun kembali ke kantungnya. Tiada bengkak semasa sakit. Semasa sakit zakarnya tegang(eraksi)

    Saya dah berjumpa doktor hospital kerajaan, tapi mereka tidak dapat pastikan apa sakit anak saya. Kerana dari pemeriksaan tiada apa-apa.

    Mohon dapat beri pandangan.
    Kerana sampai sekarang masih belum sembuh.

    ReplyDelete
  7. aku baru je lps operet 10/2/18.. doc potong kat atas ari2 dlm 2cm je.. xsakit sgt pun.. mlm dh boleh berjln.. sblum ni mcm2 cara aku ikhtiar, xjln gak.. better operet pd aku.. sakit pun sekejap je

    ReplyDelete
  8. Sy mengalami simtom spt senak perut, terasa loya, tapak kaki sejuk, terasa berdenyut kat bahagian pusat dan berdebar sepanjang msa. Adakah sy trkena medu angin?

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak rawat penyakit uluran ni? Dah 2 hari sakit sangat. Dah pergi mengurut masih sakit.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.rawatan tawakal ni kt mne ye

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Boleh bagi detail alamt ngn no phone..

    ReplyDelete
  12. Rawatan jni masih ada lagi je...di mana alamatnya

    ReplyDelete
  13. Area kluang johor ada cawangan x

    ReplyDelete