Slipped disc secara ringkas
bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “menggelongsor dari kedudukan
asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan
telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan
menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan
leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan
akan terbatas.
Penyakit ini berisiko kepada mereka yang gemar melakukan sukan lasak seperti ragbi dan gusti yang banyak menggunakan otot badan. Ia juga boleh berlaku kepada orang yang aktif sukan kemudian berhenti daripada bersukan pada waktu yang lama.
Penyakit tulang belakang ini boleh berlaku kepada mereka yang pernah terjatuh sama ada masa zaman kanak-kanak, remaja mahupun dewasa serta mengambil mudah kesan penyakit ini. Bagi orang yang sering melakukan kerja berat seperti mengangkat benda-benda berat, kekerapan melakukan tugas begini menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung beban tugas tersebut. Begitu juga mereka yang mempunyai masalah berat badan, tulang belakang tidak mampu berat badan mereka dan inilah salah satu punca berlakunya slipped disc.
Untuk merawat pesakit slipped
disc, Semua Masalah melibatkan Tulang Belakang Seperti Tulang Belakang Bengkok, Terbuka Ruas Dan Juga Masalah Melibatkan Pinggang.. kami menggunakan beberapa kaedah iaitu :-
1. MENDAPAT MAKLUMAT DARI PESAKIT
Perawat akan
bertanya kepada pesakit tempat atau bahagaian mana yang sakit, tahap sakit,
punca terjadi. Kemudian pesakit di minta untuk baring mengiring untuk melihat kedudukan
tulang belakang dan keadaan saraf tunjang. Untuk kaedah ini pesakit tidak perlu
membuka pakaian dan bagi pesakit perempuan akan diletakkan bantal sebagai
penghadang antara pesakit dan perawat. Perawat akan menyentuh saraf tunjang dan
tulang belakang untuk menilai tahap kesakitan pesakit. yang dialami pesakit.
Jika pesakit mengalami kesakitan yang kuat maka perawat akan memberi ubat dan
memberitahu cara pemakanan pantang larang serta mengajar senaman yang perlu
dilakukan oleh pesakit. Pesakit akan diberi tarikh untuk rawatan susulan. Jika pesakit didapati boleh untuk dibuat rawatan
pada ketika itu maka perawat akan menggunakan kaedah kedua.
2. CUNGKIL @ CONGKEH SARAF
Kaedah ini
adalah sama yang ditunjukkan dan dijelaskan dalam ruangan kaedah rawatan saraf,
angin, jantung dan lain-lain. Oleh kerana slipped disk ini juga melibatkan
saraf yang terhimpit maka kaedah ini digunakan untuk membetulkan saraf tunjang,
saraf pinggang dan saraf perut pesakit. Kaedah cungkil @ cokeh dibuat mengikut
kadar dan keadaan pesakit. Kaedah ini dilakukan dalam keadaan mengiring,
terlentang dan meniarap.
3. FISIOTERAPI ( TERAPI PINGGANG DAN TULANG BELAKANG )
Fisioterapi yang
kami gunakan merupakan terapi pinggang iaiu membetulkan saraf pada bahagian
pinggul, belakang paha sehingga ke betis. Seterusnya fisioterapi untuk
membetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah tersebut. Untuk melakukan
kaedah ini pesakit perlu tidur terlentang dan perawat akan memusingkan pinggul
untuk membetulkan saraf dan tulang belakang. Dengan kaedah ini jika saraf
tersebut dah keluar atau tulang yang bermasalah itu dan kembali normal pesakit
akan merasa perubahan , kelegaan dan tidak sakit lagi pada bahagian yang
bermasalah itu.
4. UBAT
Setelah selesai
perawat akan memberi ubat, mengajar cara senaman untuk pesakit membuat “Follow
Up” dirumah. Selain itu pesakit di jelaskan pantang larang makan minum dan
pergerakkan yang tidak boleh dibuat sehingga pesakit benar-benar pulih.
PERHATIAN…tidak
semua pesakit slipped disk yang pulih dengan sekali rawatan, ada yang perlu
datang beberapa kali baru sembuh. Pesakit perlu membuat rawatan susulan jika ia
perlu kepada rawatan susulan. Rawatan susulan akan diberitahu oleh perawat.