TIDAK SEMUA PENYAKIT MISTERI , PELIK
DAN TIDAK DAPAT DIRAWAT OLEH HOSPITAL BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN.
Dalam masyarakat hari ini, Kita
sering mendengar dan membuat andaian dan menyatakan jika seseorang itu
mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor dan hospital pastinya
ianya melibatkan gangguan makhluk halus. Antara penyakit yang sering dilabelkan
berkaitan dengan gangguan makhluk halus, sihir santau dan lain-lain ialah
stress, kemurungan, gangguan emosi dan mental dan penyakit berkaitan dengan
saraf yang mana pesakit tiba-tiba tidak boleh menggerakkan mana-mana anggota
tubuh. Selain itu juga, penyakit kulit seperti gatal yang teruk, gatal yang
sudah lama diubati tetapi tidak pulih.
Di antara
penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi, penyakit stress dan kemurunganlah
yang paling dipandang serius dan sering dikaitkan dengan masalah gangguan. Kita
biasa mendengar simptom stress adalah melibatkan :-
- Simptom Fizikal seseorang seperti perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan iaitu cepat rasa letih, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan terutama pada bahagian belakang, senak perut, pening, pengsan, berpeluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh pada badan yang berlebihan, menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar,sering fikir tentang kematian mendengar bisikan dan halusinasi iaitu melihat objek pelik, roh, hantu dan sebagainya.
- Simptom Mental yang mana pesakit akan menjadi kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan dalam kerja, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik.
- Simptom tingkahlaku yang mana sikap seseorang itu berubah seperti contoh perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit, perut lapar tapi makan sedikit dah kenyang atau perut lapar makan banyak pun tidak kenyang. melakukan sesuatu perkara yang pelik dan bertentangan norma masyarakat bercakap seorang diri, tiba-tiba menangis, ketawa , bercakap seorang diri, kegelisahan, suka menggigit kuku mengumpul air liur dalam mulut.
- Simptom emosi iaitu pesakit menjadi kemurungan, hilang sifat sabar, cepat marah walaupun pada hal yang kecil, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri.
Kami tidak menafikan bahawa ada pesakit yang
mempunyai simptom seperti diatas mereka mempunyai masalah gangguan makhluk
halus samada sihir, santau atau sebagainya, tapi apa yang kami cuba kongsikan
disini ialah terdapat juga pesakit yang mempunyai symptom seperti diatas tetapi
tidak sama sekali ada kaitan dengan gangguan bahkan ianya disebabkan masalah
fizikal pada tubuh pesakit itu sendiri. Disini kami ingin berkongsi pengalaman
dan sedikit ilmu yang ada pada kami berkaitan dengan pesakit yang mempunyai
symptom seperti yang dinyatakan tetapi tidak sama sekali mempunyai kaitan
dengan gangguan makhluk halus.

Kami berharap apa yang diperkongsikan
ini tidak disalah ertikan. Kami menulis artikel ini bukanlah untuk mencari populariti
serta mencari kelemahan atau menyatakan keburukan mana-mana pihak, artikel ini
adalah untuk perkongsian maklumat dan perkongsian ilmu dalam bidang rawatan
yang dipelajari. Kami juga mengharapkan ada perkongsian maklumat daripada semua
perawat dan masyarakat termasuk daripada doktor sendiri. Kami akui, kami
bukanlah yang terbaik, dan tiada diantara kita yang terbaik kerana semua ilmu
yang dipelajari dan didapati adalah daripada ilmu Allah yang amat luas. Kami
juga berharap suatu hari nanti kita semua samada perawat islam, bukan islam,
rawatan alternatif dan rawatan sains dapat duduk semeja dan berbincang dan
berkongsi maklumat dalam mencari jalan untuk memberi rawatan dan menolong semua
manusia. Sesungguhnya kita semua bukan penyembuh Allah jua yang memberi
kesembuhan dan kita hanyalah penyebab kepada kesembuhan itu melalui sedikit
ilmu yang dipinjam, semoga kita merawat melalui dan seperti kehendak syariat Allah
swt.