Saturday 14 April 2012

KAEDAH RAWATAN SARAF

Rawatan saraf yang kami sediakan ialah semua jenis penyakit saraf samada melibatkan saraf terhimpit, tenggelam, tertindih dan saraf lemah atau saraf yang menyebabkan pesakit menjadi lumpuh.
Kaedah rawatan saraf yang digunakan oleh perawat Rawatan Tawakkal ialah :
      
MENGENAL PASTI JENIS PENYAKIT
Untuk mengenal pasti jenis penyakit saraf yang dialami oleh pesakit, perawat akan bertanyakan keadaan pesakit. Jika pesakit telah membuat rawatan dengan Doktor maka perawat akan mengambil maklumat dari pesakit. Maklumat dari pesakit adalah penting kerana tidak semua penyakit saraf boleh diubati dan dirawat dengan kaedah cungkil @ cokeh. Selain itu juga perawat akan mengenalpasti melalui jari kaki dimana perawat akan menekan saraf pada jari kaki pesakit. Selain itu juga perawat akan meminta pesakit menggerakkan anggota badan yang sakit.

Setelah mengenal pasti jenis penyakit yang dialami ileh pesakit perawat akan menggunakan kaedah cungkil @ congkeh saraf. 

KAEDAH CUNGKIL @ COKEH
Kaedah cungkil @ Cokeh saraf adalah satu kaedah yang mana kami tidak menggunakan sebarang minyak. Kami hanya mencungkil @ mencongkeh saraf-saraf utama yang menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Pesakit juga tidak perlu membuka pakaian selama proses cungkil @ cokeh ini dijalankan. Perawat hanya menggunakan siku bagi mencungkil @ cokeh saraf yang kasar / besar dan menggunakan jari bagi saraf-saraf kecil bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit yang dialami. Proses ini dijalankan dalam keadaan mengiring, melentang, meniarap dan duduk. 

TERAPI
Kadang-kadang untuk membetulkan saraf yang terhimpit dan tenggelam perawat menggunakan kaedah terapi @ fisioterapi iaitu dengan melipatkan bahagian pinggan dan peha. Tidak semua penyakit memerlukan kaedah ini. Bagi pesakit yang kronik kebiasaanya kami akan mengajar saudara mara terdekat kaedah rawatan yang perlu dibuat dirumah pesakit, kaedah itu ialah senaman dan cara terapi. 

RAWATAN SUSULAN.
Setelah selesai proses rawatan perawat akan menanyakan kepada pesakit tentang keadaan pesakit adakah ada perubahan atau tidak. Jika saraf yang dirawat itu telah pulih atau kembali pada normal ianya tidak memerlukan rawatan susulan tetapi jika ianya belum pulih sepenuhnya ianya memerlukan rawatan susulan ia bergantung pada kedaan pesakit. 

UBAT-UBATAN
Kebiasaanya kami akan membekalkan pesakit dengan ubat-ubatan herba yang berkaitan dengan saraf ini. Disamping itu juga kami akan memberitahu pantang larang pemakanan yang perlu di turuti oleh pesakit.

PERHATIAN : UNTUK RAWATAN SARAF INI DI NASIHATKAN PESAKIT DATANG MEMAKAI SELUAR YANG TIDAK TEBAL DAN KASAR SEPERTI JEANS DAN SEBAGAINYA. INI ADALAH KERANA IANYA MENYUKARKAN PIHAK KAMI UNTUK MENJALANKAN PROSES RAWATAN.

Wednesday 11 April 2012

Kaedah Rawatan Resdung, Asma (Lelah), Tonsil dan Tiroid

Bagi merawat penyakit resdung, Asma ( Lelah ), Tonsil Dan Tiroid kami menggunakan kaedah yang sama iaitu TUTUR ( istilah dalam bahasa Kelantan ) dan memberi ubat Herba dan nasihat cara pemakanan. Pada kami penyakit Asma, Tonsil dan Tiroid berpunca daripada resdung. Untuk mengetahui huraian lebih lanjut sila baca pada halaman KENALI PENYAKIT pada blog ini. Kaedah rawatan Resdung, Asma (Lelah), Tonsil dan Tiroid adalah seperti berikut.

1.   TUTUR (membuang bendalir dari rongga tubuh)


Pesakit akan baring dengan kepala didongakkan kemudian perawat akan membaca doa dan ayat-ayat berkaitan pada ubat herba yang disediakan. Kemudian perawat akan memasukkan ubat herba kedalam hidung pesakit dalam masa yang amat singgkat. kemudia pesakit akan dibawa ke luar rumah dan duduk di tepi longkang pada kerusi yang disediakan. Pesakit akan menganga mulut dan membiarkan bendalir yang berkaitan dengan penyakit keluar dengan sendiri. Proses mengeluarkan bendalir ini mengambil masa 1/2 jam ke sejam bergantung pada tahap penyakit pesakit tersebut. Pada proses ini perawat dapat mengenal pasti tahap penyakit yang dialami oleh pesakit, ini kerana semasa proses TUTUR dijalankan pesakit akan mengeluarkan bendalir seperti :
  • Tahap Biasa    : Mengeluarkan bendalir seperti lendir putih jernih melalui hidung atau mulut.
  • Tahap Teruk    : Mengeluarkan lendir putih dan darah atau nanah.
Tahap ini diambilkira hanyalah untuk perawat memberi nasihat pemakanan kepada pesakit bukan untuk membezakan tahap kritikal atau tidak seseorang pesakit. 

Setelah proses TUTUR ini selesai pesakit perlu menyucikan segala bendalir yang keluar. Kemudian pesakit akan diberikan Cutton Buds ( putik kapas pengorek telinga ) yang sudah diletakkan ubat herba. Pesakit diminta memasukkan dalam telinga bagi proses membersihkan kegatalan dalam telinga. Sambil itu pesakit juga diberi ubat untuk sapu pada hidung bagi melegakan hidung yang tersumbat kerana kebiasaan selepas proses TUTUR hidung akan menjadi tersumbat.

2.    UBAT

Setelah semua proses tadi selesai, pesakit akan dibekalkan dengan ubat herba khusus bagi merawat resdung. Pada masa yang sama perawat akan menasihati pesakit tentang pantang larang pemakanan semasa dalam tempoh merawat resdung ini. Cara rawatan kami, kami amat menitik beratkan pantang larang dalam pemakanan semasa proses rawatan ini berjalan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan proses rawatan ini.

PERINGATAN  : PROSES TUTUR INI DIJALANKAN HANYA PADA WAKTU SIANGHARI SAHAJA DAN SEBELUM WAKTU ASAR. INI KERANA JIKA PROSES INI DIJALANKAN SELEPAS WAKTU ASAR AKAN MENYEBABKAN PESAKIT TIDAK SELESA DAN HIDUNG MENJADI TERSUMBAT. OLEH ITU DINASIHATKAN DATANG PADA WAKTU YANG SESUAI .

Tuesday 3 April 2012

TESTIMONI ( US MANAF )

TESTIMONI YANG DI PAPARKAN DIDALAM RUANGAN INI ADALAH CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH PESAKIT DAN USTAZ MANAF YANG DIINGATI OLEH ADMIN INSYAALLAH ADMIN AKAN CUBA SENTIASA MENGEMASKINI SETELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA USTAZ MANAF DAN TESTIMONI.

ANTARA PESAKIT-PESAKIT YANG BERJAYA DIRAWAT OLEH USTAZ MANAF

SANTAU
( 1 )
Seorang pesakit dari Selangor datang ke rumah Ustaz Manaf pada tengah malam untuk membuat rawatan sihir, pesakit ini telah sakit 2 tahun. Ustaz Manaf adalah ikhtiar mereka yang terakhir bagi keluarga pesakit setelah 2 hari datang ke Kelantan untuk berikhtiar mengubati anak meraka. Pada asalnya Ustaz menolak kerana kebiasaannya selepas jam 12 malam kekuatan makhluk halus ini akan bertambah 2x ganda..namun ibu bapa pesakit merayu untuk dirawat kerana mereka terpaksa balik ke Selangor pada malam itu juga kerana ada urusan yang perlu mereka selesaikan keesokan hari.setelah membuat solat hajat dan persiapan Ustaz memulakan proses. setelah scan dibuat dan berdialog didapati ia terkena santau yang dibuat oleh orang asli di Pahang yang dikenali sebagai CANUAI ASLI. banyak kejadian aneh yang berlaku semasa proses rawatan itu dibuat seperti kepala mengelembung seperti belon kerana Jin yang ada pada tubuh pesakit itu hendak keluar melalui kepala pesakit dengan niat hendak mematikan pesakit. Alhamdulillah setelah proses menarik semua gangguan keluar pesakit telah sedar dan buat pertama kali dalam 2 tahun ia memanggil ibu bapanya dan bertanya dia sekarang berada dimana. Ibu bapanya dalam tangisan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz manaf. Alhamdulillah pesakit itu telah sembuh sepenuhnya.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS ( JIN )
 ( 1 )
Pelik tapi benar itu yang terjadi pada 1 keluarga apabila 2 orang anaknya lelaki dan permpuan tetiba dapat melihat makhluk halus atau jin yang datang membakar barang-barang dalam rumahnya sehingga rumah meraka idak mempunyai perabot kerana sering dibakar oleh makhluk tersebut. Menurut ayah kepada 2 orang anak yang sakit ini Ustaz Manaf merupakan orang ke 131 yang mereka ikhtiar untuk menghilang gangguan tersebut. Semasa proses membuang gangguan di buat didapati kedua-dua anak yang sakit ini pernah menerima makanan iaitu gula-gula daripada seorang perempuan tua dan setelah memakan gula-gula tersebut kedua-dua meraka dapat melihat makhluk yang menganggu rumah mereka itu. Alahmdulillah setelah rawatan dibuat kedua-dua anak ini sembuh sepenuhnya dan rumah mereka tidak lagi diganggu denga kejadian kebakaran kecil.

MASALAH RUMAHTANGGA
( 1 )
Seorang isteri juga seorang guru datang kerumah Ustaz Manaf untuk menyelesaikan masalah keluarganya. Dia memberitahu bahawa suaminya sudah berubah sering memukulnya dan anak-anaknya dan menjual segala barang-barang dalam rumah membuatkan kehidupannya kucar kacir. Ustaz Manaf memberi panduan solat hajat dan mengajar doa-doa dan ayat-ayat berkaitan untuk diamalkan oleh guru tersebut. Alhamdulillah, berkat dari doa yang diberi, suami yang pulang kerumah hendak memukul isteri dan anak-anaknya  tiba-tiba menjadi mengeletar dan terus sujud memohon ampun  dan maaf kepada isteri dan anak-anaknya, beliau menjadi sedar dan insaf atas kesalahannya itu. Pada malam itu, si suami telah bermimpi berjumpa dengan seseorang dan pada pagi itu beliau bertanya pada isterinya tentang gambaran orang yang dia jumpa dalam mimpi tersebut, lalu isteri menceritakan bahawa orang yang dia jumpa dalam mimpi itu adalah ustaz Manaf. Lalu suami itu pergi kerumah Ustaz Manaf mengucapkan terima kasih dan menceritakan bahawa sebenarnya dia berubah kerana bermain judi di Thailand dan apabila kalah dia tertekan dan anak bini menjadi mangsa. Ustaz Manaf memberi nasihat kepada suami dan isteri tersebut, alhamdulillah keluarga mereka kembali bahagia.

MASALAH HISTERIA
( 1 )
Sebuah sekolah di Machang telah diserang gangguan histeria, hampir keseluruhan pelajar asrama dan guru sekolah itu diserang histeria. Us. Manaf telah dihubungi lebih kurang jam 12 malam. Alhamdulillah setelah dijalankan rawatan semua pelajar dan guru yang diserang histeria sembuh.

( 2 )
Sebuah sekolah di Tanah Merah telah diserang gangguan histeria, boleh dikatakan semua pelajar dan guru asrama sekolah itu telah histeria termasuk pengetuanya. Kebetulan pada masa Us Manaf dihubungi beliau bersama anak-anak muridnya sedang menjalani kelas rawatan. Beliau bersama anak murid kesekolah dan merawat pelajar dan guru yang terkena histeria. Setelah memagar kawasan sekolah yang diserang histeria itu dengan garam yang telah diIsi dengan bacaan doa dan ayat-ayat tertentu banyak tempat yang ada kesan tempat jin yang menduduki kawasan itu terbakar. Alhamdulilah sehingga kini sekolah tersebut tidak lagi di ganggu.

(3 )
Pelajar Salah sebuah Universiti telah mengadakan perkelahan di Lata Tembakah Terengganu, semasa berkelah disana semua pelajar tersebut diserang histeria. Ramai perubat yang dipanggil kesana untuk merawat tetapi tidak berjaya, atas nasihat salah seorang penduduk disana yang pernah datang membuat rawatan di rumah Us Manaf supaya membawa mereka ke rumah Us Manaf dan pemandu bas bersetuju membawa mereka ke rumah Us Manaf. Alhamdulillah setelah tiba sahaja dirumah Us Manaf seoreng demi seorang pulih daripada histeria.